Friday, December 30, 2011

Hidroponik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Penyelidik NASA memeriksa bawang hidroponik dengan salad Bibb di kirinya dan lobak di kanan

Penyelidik USDA memeriksa strawberi hidroponik

Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket
Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

Sejarah

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Kelebihan

  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
  • Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
  • Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
  • Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
  • Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
  • Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
  • Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.

Kelemahan

  • Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
  • Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik
*cadangan asal mahu masukkan info pasal hidroponik, dukacitanya tidak dimasukkan, huhu ... .

Thursday, December 29, 2011

Tesis bahasa SMS

http://www.bharian.com.my/articles/TesisbahasaSMS/Article/

Novel mahu tidak mahu haruslah martabat bahasa, bukan merosak bangsa. Tolong bijak sana.
*Eee ... Sayur! sehabis boleh guna BMT, insya-Allah.

Wednesday, December 28, 2011

Vegetarian Dalam Timbangan Islam

Sebab Lain Terlarangnya Menjadi Seorang Vegetarian
1. Dapat dihukumi keluar dari Islam (kafir)
2. Membuat perkara baru (bid’ah) dalam agama
3. Menyerupai Orang Kafir
4. Mengingkari nikmat Allah
5. Mengingkari hukum yang Allah tetapkan
http://muslimah.or.id/aqidah/vegetarian-dalam-timbangan-islam.html

Petikan "Eee ... Sayur!"

Iya tidak menunjukkan minat, “Apa-apalah along. Sebenarnya, apa tajuk tugasan along ini?”
            Dengan penuh gaya, Nazrin menjawab, “Islam dan vegetarian!”
            Rahang Iya sekali lagi terjatuh, “Apa?”

Friday, December 9, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Monday, November 14, 2011

PBAKL 2012

INSYA-ALLAH: 11 HARI
26/4/2012(KHAMIS)-6/5/2012(AHAD)
*Eee ... sayur! (NOVEL AWAL REMAJA-RESHA HAMZAH&AZLAN ISMAIL)

Wednesday, November 2, 2011

Eee ... sayur! 2

Insya-Allah, sekadar peringatan. Panjang umur, ada rezeki, sesiapa yang bakal baca novel ini nanti sudi-sudikanlah beri respons di blog ini ya! Wassalam.

Tuesday, November 1, 2011

Eee ... sayur!

Insya-Allah setelah sekian lama menyepi, nantikan kemunculan novel sulung kami, Eee ... sayur! Untuk makluman, projek novel ini telah melalui proses:
1. sumbang saran
2. finalised the idea
3. research
4. penulisan proposal (sinopsis keseluruhan, sinopsis setiap bab, pembahagian jadual kerja)
5. penulisan manuskrip penuh ikut bahagian masing-masing
6. penilaian
7. baiki ikut komen yg diberi
8. siap baiki
9. penyuntingan
Sekarang di peringkat layout.
Insya-Allah pijak bumi, hujung disember ada di pasaran. Cucuk langit, hujung november 2011. Tunggu!

Thursday, June 16, 2011

right me when i'm wrong

tiada istilah lewat selagi nyawa di kandung badan. go love your own dad now. please.
bukan salah ibu mengandung, salah kau yang suka salahkan orang. hmm..


Friday, June 10, 2011

love me when i'm gone

3 bekal kita apabila kita mati:
1.amal soleh
2.ilmu yg diajar, diamalkan yg hidup
3.anak soleh
wallahua'lam.

pagi ini saya terima satu e-mel:
ia mengingatkan saya pada satu poster dalam majalah ujang satu masa dulu, yang bunyinya lebih kurang:
sayangilah bapa anda kerana tanpanya anda akan berbinkan abdullah.

mak saya lahir 26 juni
bapa saya pula 26 des

bapa saya tinggalkan dunia ini 13 rejab 1429
hari ini 8 rejab 1432
lagi 5 hari genap 3 tahun hijri dia pergi

harap kalian yg masih berbapa buatlah apa yg patut selagi sempat

Monday, April 18, 2011

dewan serbaguna

 serbaguna habis! (sidai apa tu?)
 cantik cara dia cat
 susunan solid waste
tempat berkarya

Monday, April 11, 2011

BELI IKAN KEMUDIAN SIANG SENDIRI

Cerita dan kisah dari Jengka.
Pagi itu aku bangun dengan segar,
tanpa lengah aku terus ke belakang dapur:
adalah tabiat aku melihat kerajinan mak aku;
aku melihat mak menyiang ikan tilapia.
Cara siang
Wow! Hebat mak menyiang ikan.
Seperti pelakon kungfu dan kuntau memutar ikan.
Menyelar dan menyisik.
Dalam suara ibu aku bertanyakan sesuatu,
"Mahukah ibu akan menantu yang pandai menyiang ikan
Makin tak pandai?"
Mak berkata wanita perlu pandai menyiang ikan.
Jangan asyik makan di luar bersama suami.
Lalu aku berfikir,
'Adakah cara menyiang ikan semakin pupus?
Adakah wanita zaman sekarang hanya pandai makan saja!
Nota:
Aku kagum melihat skil mak aku- 
Seperti wanita sejati!

Minta sedap!


Makanan terangkat di Padang Jawa!


BERPENYET UNTUK DAPAT SEDAP (RM4.00++)
Nota: Sedap ini jangan diperkatakan
Sedapnya menggamat pelajar UiTM Shah Alam
Berbondong-bondong hadir
Bukan kerana buat demonstrasi pilihan raya
Bukan gaduh rebut cinta
Tetapi meraikan kesedapan ayam penyet
Jom pekena ayam penyet di Padang Jawa Shah Alam!
Penyetlah kamu sebelum kamu dipenyetkan!
Aku makan dengan pinggan-pinggannya sekali!
Wow!!








Thursday, April 7, 2011

JANGAN KOMEN MAKANAN (3)

location: western food, kota damansara
price: RM35.00++(snacks and beverages)
  RM 20.00
 
  RM 10.00

TAPAU
Burger 1 RM2, sosej 2 RM1, tambah 0? Packaging itu yang mahal mungkin. huu

Tuesday, April 5, 2011

sendu

Waktu itu hujan lebat. Senyum.

JOM JADI SUKARELAWAN

Hebat menghadapi dugaan
Mereka amat memerlukan bantuan

Nenek ini gagah menjaga dua orang cucu
Selalu kita lupa bagaimana mahu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Orang susah, OKU, cacat penglihatan, pekak, bisu dan sebagainya tidak pernah lupa supaya mereka ini dibantu.

Namun jangan kita lupa mereka perlu kita bantu bukan dengan mereka mencari kita, sebaliknya kita perlu mencari mereka.

Siapa tahu mereka cuma ada basikal buruk untuk mencari kita.

Siapa pun tidak tahu.

Siapa tahu kini mereka berada dalam kelaparan.

Siapa tahu kita si ibu ditinggalkan seorang diri oleh anaknya.

Siapa tahu si cacat anggota kaki sedang mengheret dirinya sendiri ke bilik air.

Mari kita bantu mereka, mari kita jadi sukarelawan Islamic Relief Malaysia.

Jangan kita salah parking.

Mari kita bantu mereka.

Bukan mahu bantu hulur duit.

Bukan mahu bantu hulur jongkong emas.

Mari kita bantu ringankan beban mereka.

Cukup kita rasai air mata mereka.

Wednesday, March 30, 2011

coming header

what say you?

MOTIF?

siaplah kau ...

moral: makanan bukan mainan, hormatilah ia, makanlah ia, niat untuk ibadat jua.

SINDIKET

SANGKA BAIK LA WEI!

baik nyer abe nih...

JANGAN KOMEN MAKANAN (2)





KOMEN LAGI? ISY3!

JANGAN KOMEN MAKANAN

...tapi komen gak. istighfar kau.

Saya dan dunia kanak-kanak

 
 Nyanyikan lagu gembira untuk anak anda

Semakin banyak manusia salah parking perihal kanak-kanak. Jika dahulu kanak-kanak dilayan dengan baik dan cerdik. Jika dahulu kanak-kanak diberi kasih sayang yang sempurna.

Adakah kerana hanya dengan gelaran kanak-kanak kita boleh berlaku zalim kepada mereka?

Letakkan kanak-kanak pada tempat mereka. Kasihi mereka dan jangan abaikan mereka.

Apakah perkara yang membuatkan kanak-kanak gembira? adakah dengan memberi mereka gula-gula manis? ataupun dengan memberi kasih sayang yang disaluti perasaan yang gembira?
 
Dunia kanak-kanak adalah kenangan yang paling indah kepada setiap manusia. Di dalam dunia itulah kita berjaya mencipta alam yang bahagia, alam yang tidak mampu orang lain menembusinya. Secara tidak sedar dunia itu hadir kepada kita walaupun tidak pernah pun kita pinta.

Saya bagi suatu contoh, semasa saya kecil, perkara yang paling dipercayai apabila menanam cebisan pensil yang diasah ke dalam tanah maka duit akan terhasil. Tunggu punya tunggu yang keluar adalah tanah. Tetapi saya tetap percaya cebisan itu akan bertukar menjadi wang. Saya sebarkan pada kawan-kawan tentang kelebihan cebisan pensil itu hinggakan kembar saya pun terpengaruh. Entahkan berapa banyak pensil kami asah. Maaf ya kawan-kawan jika pensil kamu kami asahkan sekali.

Sampai satu tahap, saya tanam bersama pensilnya sekali. Tentulah saya mengharapkan hasil yang lebih banyak, manalah tahu yang keluar adalah RM1. Masa itu jumlah wang tersebut cukup besar hinggakan saya berangan untuk membeli patung doraemon yang besar. Sememangnya itulah antara dunia kanak-kanak yang saya suka. Teringatkan perkara ini membuatkan saya ketawa besar.

Betul, dunia kanak-kanak yang indah akan membuatkan kita kembali kepada zaman kanak-kanak kita yang indah. Kita akan ingat setiap patah perkataan yang kita ungkapkan dahulu. Jika kita mempunyai pengalaman yang gembira pastinya akan terbit keyakinan dalam diri. Yakin kita pada masa itu membuatkan kita rasa bersyukur, kenangan itu rupanya kenangan yang mampu mengubah diri kita.

Semasa saya darjah empat saya menang hadiah kotak pensil daripada guru bahasa Inggeris. Cikgu bertanya, ada sesiapa yang boleh jawab apa makna present? saya dengan pantas menjawab, present itu hadiah. Cikgu kemudian beri penghargaan pada saya dengan menghadiahkan satu kotak pensil biru yang cantik. Saya amat bangga pada masa itu hingga satu kelas tepuk tangan kepada saya. Saya malu tetapi amat gembira.

Kenangan ini saya simpan hingga sekarang namun tak mungkin akan  lupakan sampai mati. Terima kasih Cikgu Zaini.

Hebat bukan dunia kanak-kanak? kita akan ingati sehinggakan apabila melihat sesuatu perkara yang ada kaitan dengan dunia kanak-kanak kita akan menghargai serta tersenyum riang. Sekarang pun saya asyik senyum maklumlah saya nampak pensil di sebelah saya. Susahnya mahu berhenti senyum. Ada yang nampak saya senyum?

Sebenarnya kenangan itu bukan saya cipta sendiri. Saya dapat daripada seorang guru yang mungkin secara tidak sengaja mahu menghadiahkan kenangan itu. Saya yakin Cikgu Zaini tiada perancangan untuk saya ingati dia walaupun  saya sudah berumur 25 tahun. Sekali lagi kepada Cikgu Zaini saya sedekahkan senyum saya dan ucapkan terima kasih.

Pada saya kasih sayang ini adalah secara tidak langsung meresapi hati dan membuatkan saya amat menghargai kanak-kanak. Saya yakin jika perkara ini dipraktikkan oleh semua manusia maka akan mewangilah dunia kanak-kanak dengan semangat yang berbunga-bunga.

Guru akan menghargai pelajar.

Pelajar akan ingat.

Ibu bapa akan menyayangi anak.

Anak akan ingat.

Inilah dunia kanak-kanak yang dimahukan mereka. Pagi tadi saya ke Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh, saya lihat mereka ini seperti diri saya kira-kira 15 tahun lalu.

Seronok melihat gelagat pelajar Sekolah Kebangsaan merbau sempak sg Buloh, ada yang minta gambarnya diambil, ada yang minta dirinya masuk dalam majalah tak kurang juga ada yang cuba menarik perhatian supaya dirinya diambil kisah. Itulah dunia kanak-kanak, sangat perlukan kasih sayang. Berilah mereka kasih sayang, mereka akan beri rindu dan kenangan hingga mengalir air mata.

Saya amat rindukan dunia kanak-kanak saya.

Saya tahu ia tidak akan dapat dikembalikan.

Tetapi hari ini saya kembalikan kepada kanak-kanak.

Saturday, March 19, 2011

Salah parking nuklear


Kalau ini berlaku di Jepun
tidak mustahil akan berlaku di Malaysia
tidak percaya?

Baca ini dulu

Kajian penilaian tenaga nuklear akan diteruskan- Malaysiakini

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia akan terus menerima tender daripada syarikat-syarikat untuk kajian penilaian terhadap loji tenaga nuklear yang dicadangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut. Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.


nota:
hari ini aku ditimpa penyakit demam selsema
aku mahu tahu bahan radioaktifkah yang menyerang diri aku
aku cuba-cuba keluar tingkap
aku melihat awan biru
tiada asap kilang
tiada asap apa pun
yang ada cuma asap kenderaan
lalu aku berpesan pada awan biru
jangan zalim
jangan salah parking!






 

Friday, March 18, 2011

Konsep salah parking

Sebetulnya, KEBANYAKAN KITA memang selalu meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya. Saya dahulunya melihat perkataan zalim itu hanya kepada seorang yang kejam seperti pemerintah yg berkuku besi dan mereka yg menindas orang lain. Rupanya, itu hanyalah sebahagian daripada definisi zalim.

Istilah lain, ‘tak kena tempat’ adalah juga kerabat zalim. Kami memanggil zalim dengan panggilan SALAH PARKING kerana lebih senang untuk difahami, mungkin. Justeru, fenomena SALAH PARKING ini kami kaitkan dengan perilaku kita yg terkadang sedar atau tidak menzalimi pihak yg kita berhubungan, tidak kiralah sama ada pihak itu manusia (ORANG LAIN DLL), benda bernyawa (KUCING, JIRAN SEBELAH DSB), objek mati (MASA, DUIT SYILING ETC) hatta diri kita sendiri (YA).

Tamingnya, amalkan:



:"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan ENGKAU.
Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Wallahu’alam.

ENTRI SETERUSNYA, INSYA-ALLAH PALING SALAH DALAM 3 ATAU 4 HARI SEKALI. 

Monday, March 14, 2011

APA ITU SALAH PARKING?


Awal entri ini wajiblah dulu sekiranya kami memperkenalkan diri kami dahulu. SALAH PARKING. Itulah singkatan nama  kami. Aku bernama SALAH dan sahabat di sebelah kiri aku bernama PARKING.

Kami ada nama kami sendiri yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa kami. Bukan bermakna kami ini anti kepada nama sebenar atau menolak sistem ejaan nama yang berada pada surat beranak kami. Namun bukan pula beerti kami tersalah parking apabila dilahirkan di planet bernama BUMI.

Apakah itu SALAH PARKING?

Bagaimana konsep salah parking terhasil. Ya, akan kami kisahkan cerita ini. Seringkali aku sebagai wartawan dan PARKING sebagai editor melihat banyak kesalahan yang diletakkan kepada tempat yang tidak bersalah. Maknanya sesuatu perkara itu tidak sepatutnya berlaku tetapi mengapa manusia melakukannya juga?

Jadi setiap hari konsep SALAH PARKING menjadi sesuatu yang kelihatan benar walaupun salah.
Mudahnya, meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya adalah MAZHAB kepada blog SALAH PARKING.

Jadi? Apakah yang kami akan dedahkan pada blog SALAH PARKING ini? Kami akan catatkan apa sahaja kisah perjalanan yang mengisahkan tentang SALAH PARKING. Berkenaan apa yang dilakukan manusia namun sering disalah parkingkan.

ENTRI SETERUSNYA, LEBIH RINCI BERKENAAN KONSEP. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...