Monday, February 20, 2012

Rawat kencing manis dengan bendi

ES mendapat info baru pada hari ini. Jeng-jeng...

Pada minggu yang lalu ES bercerita berkenaan dengan khasiat sayuran bendi. Namun jauh sekali ES bercerita tentang Doraemon walaupun pada masa kecil dahulu ES adalah peminat siri Doraemon yang tegar.

ES ingat lagi, semasa kecil dahulu ES berangan bahawa apabila besar sahaja ES dapat menjadi seperti Doraemon. Doraemon boleh mengeluarkan pelbagai peralatan daripada perutnya. Paling ES suka adalah perutnya. Setiap kali ES melihat perut Doraemon ES melihat perut sendiri. ES sentiasa memegang perut dan berharap suatu masa nanti perut ES menjadi seperti perut Doraemon yang ES sukai.

Tiba-tiba semasa ES menonton rancangan Dokumentari ES melihat perut yang seakan-akan perut Doraemon. Apalagi, ES betul-betul terkejut.

Sama seperti Doraemon!


Pada masa itu barulah ES tahu rupanya binatang itu adalah Kanggaru. Binatang ini banyak terdapat di Australia. Barulah ES tahu bahawa perutnya digunakan sebagai tempat mengendong anak kanggaru yang baru lahir sehinggalah anaknya mampu berdikari sendiri. Hebat betul!

Semasa ES melihat Kanggaru ES melihat pula alat mengendong bayi yang digunakan oleh orang Melayu semasa zaman dahulu. ES sekali lagi terkagum!

Hebat kan ibu bapa kita yang menjaga kita seperti ini. Tiba-tiba rindu mak pula.

Panjang betul ceramah ES berkenaan topik Kanggaru, cara menjaga anak dan Doraemon. Jom kita meneroka bagaimana merawat kencing manis dengan sayuran bendi. Baca dan amalkan ya!

Jangan banyak. Dua sahaja pun cukup.

Inilah kaedah dan tekniknya. Semakin kita dekat untuk sihat, semakin banyak teknik dan amalan kita gunakan. Selamat mencuba..


  1. Ambil dua biji bendi. Buang hujung atas dan bawahnya.
  2. Potong dua. Potong di bahagian tengahnya. Rendam kedua-duanya di dalam segelas air. Tutup gelas dan biarkan pada suhu bilik pada sebelah malam.
  3. Pada awal pagi, buangkan potongan bendi itu. Minum air rendaman itu sebelum bersarapan.
  4. Lakukan kaedah ini selama dua minggu. Kebanyakan mereka yang menghidap diabetes kronik, anda perlu melakukannya beberapa bulan sebelum mendapat kesannya.
Siapa sudah lakukan kaedah ini. Sila ucap tahniah kepada diri anda. Jangan lupa menanam bendi di rumah dan dapatkan novel Eee..sayur!!

Friday, February 17, 2012

Bendi dan Doraemon

Sebenarnya ES malu mahu bercerita pada hari ini. Semuanya gara-gara ES tiba-tiba berasa malu. Namun ES tekad bercerita kerana mahu kita tergolong dalam manusia yang sukakan tumbuhan dan alam sekitar.


Tujuan ES mahukan ibu bapa menggalakkan anak mereka memakan sayuran. Bukan aiskrim sahaja.


ES sedih apabila berkunjung sahaja di kedai makan, terdapat ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka menikmati sayur-sayuran. Sebenarnya mahu sahaja ES menjadi seperti Doraemon.
Kepada ibu bapa, jangan lupa beri anak anda makan sayur! stress! stress!


ES berangan jika menjadi Doraemon.


MESIN SAYUR AJAIB....kata Doraemon (ES sedang berangan)


Lalu Doraemon pun menunjukkan sayur ajaib, sesiapa sahaja yang makan sayur akan sihat, cantik, segar bugar, hilang penyakit, gembira. Uihhh..berangan! berangan!


Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. Jadi mari kita berdoa supaya kesihatan kita sentiasa berkeadaan baik. Terima kasih Tuhan.


Hari ini ES bercerita KISAH BENDI.
Bendi sangat baik untuk kesihatan. 


Mencantikkan kulit- Bendi bukan sahaja mencegah jerawat dan mengekalkan kecantikan malah melicinkan
kulit. Tahukah anda sejarah membuktikan bahawa ratu Mesir yang cantik, iaitu CLEOPATRA suka memakan sayuran bendi. Tujuannya hanya satu, mahu cantik. Tidakkah anda juga mahu cantik.


Sihatkan mata dan kapilari - Sesiapa yang berkira-kira bahawa dirinya mudah dihinggapi penyakit seperti katarak atau masalah berkaitan mata sila ambil sayuran bendi. Hmm..ES selalu lihat ramai rakyat Malaysia memakai kacamata. Apa kata sambil berkacamata, beli sayuran bendi dan simpan di dalam peti ais. Hmmm...


Meredakan asma- Kepada anda semua yang mempunyai asma (lelah pada bahagian dada) sayuran bendi mempunyai antioksidan dan anti inflamasi yang tinggi. Justeru ia dapat mengurangkan pembentukan asma dalam badan kita. Uhuk...uhuk...eh, ini asma atau batuk!


Mengurangkan berat badan- Susahnya seperti orang di atas ini yang mahu berat badannya turun. Apa kata makan sahaja sayur bendi. Bukan sahaja berat badan berkurang malah jimat masa dan tenaga.




Oh, jangan lupa makan saya!
Menyembuhkan ulser- Sayuran bendi tentu sahaja dapat merawat sembelit. Oh, deritanya apabila menyebut sembelit. Terasa sakit perut dan tidak selesa. Jadi bendi adalah perawatnya. Ya, dengan izin dan kelulusan daripada Allah sahaja maka sembelit dan masalah usus besar seperti ulser dan gastrousus dapat dicegah. Ayuh! rupanya fiber larut dan tidak larut begitu baik untuk usus. Ia ada dalam bendi. Oh bendi!


Mari belajar memasak bendi


Sedapnya!!


Kepada ibu bapa yang mahu mengekalkan khasiat sayuran bendi jangan memasak bendi di dapur terlalu lama. Tentu sahaja nanti bendi akan marah! Caranya iakah dengan menggunakan api perlahan. Lebih sesuai dikukus atau dicelur sebentar. Nyum! yummy! Semua ini dilakukan kerana mahu enzim dan nutriennya kekal dalam bendi. Oh bendi!


Sebenarnya lagi bagus jika makan mentah begitu sahaja.


Baiklah, nanti kita sambung lagi kisah bendi.


ES akan bongkar lebih banyak khasiat bendi kepada semua. Ya! ya! nanti dulu, jangan la berhenti membaca lagi. ES akan memberitahu cara-cara merawat kencing manis menggunakan sayuran bendi. Tahu kencing manis?


Nantikan.

Thursday, February 16, 2012

maklumat terkini

Iklan ES sudah boleh dilihat di ANIS (cover UAI). Insya-Allah minggu depan siap cetak.

Monday, February 13, 2012

Tidak Mahu, Tetapi Perlu

Eee... Sayur!: Tidak Mahu, Tetapi Perlu
Penulis: Resha Hamzah, Azlan Ismail
Harga: RM 10.00 / RM 12.00
ISBN: 978-983-097-323-4
Tarikh Terbit: Februari 2012
Jumlah Muka Surat : 168
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Novel Awal Remaja
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd

Friday, February 3, 2012

Al kisah kacang botol


Sering kali apabila ke kedai makan kita akan memilih makanan yang sedap dipandang mata. Jadi, apabila bercerita tentang perihal makanan, pilihan menjadi keutamaan. Sebagai contoh si A sukakan lauk daging masak kicap, manakala si B sukakan lauk ikan patin tempoyak. Memang sebagai manusia kita sentiasa berlainan citarasa. Termasuklah perihal memilih sayuran!

Kacang botol hijau sedap dimakan begitu sahaja
Apabila kita berada di kedai makan cuba perhatikan sayuran apakah yang akan dipilih oleh pelanggan. Kebanyakan Tuan punya kedai akan memastikan jenis sayuran seperti kacang panjang, timun, tomato, daun salad dan pelbagai jenis lagi diletakkan di atas meja sebagai alternatif kepada pelanggan. Pilihan terakhir yang ada kemudiannya adalah sambal belacan atau tempoyak.

Bagaimanalah dengan diri kita? Adalah kita termasuk dalm golongan mereka yang makan sayur, adakah kita jenis yang tidak termasuk dalam golongan ini?
Memang ada sesetengah daripada kita yang tidak suka makan sayur. Pendapat untuk tidak makan sayur hanya dapat diperolehi daripada mereka yang tidak memakan sayur. Jadi, tanyalah kepada diri kenapa tidak menyukai sayur. Adakah kerana sayur-sayuran itu musuh anda kerana anda pernah bertempur dengannya semasa anda masih kecil.
Hari ini ES akan menceritakan kepada anda tentang khasiat kacang botol. Semua orang tahu apa itu kacang botol tetapi tidak semua orang tahu apakah khasiat yang terdapat dalam sayur yang kita selalu ‘botolkan’ ini.

Di sini ES berikan info yang berguna tentang sayuran kacang botol:

1.      Kacang botol amat sesuai dimakan oleh mereka yang kekurangan darah, ianya baik untuk menambahkan darah dalam sistem tubuh.

  • Pada sayuran kacang botol muda terdapat banyak kalsium, vitamin A dan zat besi di dalamnya. Untuk info lebih baik, kita boleh tanya lebai google tentang jenis-jenis vitamin yang baik dalam badan.


  •  Nilai kancungan protein pada sayuran kacang botol adalah lebih tinggi dibandingkan dengan sayuran jenis kekacang tropika yang lain.


Kacang botol mudah didapati di restoran-restoran  masakan Melayu
  •  Kandungan asid amino dalam kacang botol juga sama khasiatnya seperti yang terdapat pada kacang soya. Jadi apabila kita minum air kacang soya, ingatlah kacang botol!


  •  Kepada mereka yang mengalami demam campak atau mahu menyembuhkan ahli keluarga, sahabat atau jiran dengannya bolehlah merebus kacang botol dengan bahan campuran yang dirasakan sesuai dan sapulah air rebusan tersebut pada badan. Ulanginya sehingga menampakkan hasil.


  • Daunnya juga boleh ditumbuk serta boleh disapukan kepada mereka yang mengalami kegatalan pada kulit, bengkak dan bisul juga boleh.


  • Seterusnya daunya boleh dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah ulser kulit.


Seterusnya untuk memupuk rasa sedap pada lidah kita, cuba kita praktikkan resepi yang diberikan ES. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:
Beli dan cuba makan kacang botol hari ini

  •  6-8 batang kacang botol (suka hati anda mahu menhiris serong atau tegak)
  • Satu labu kecil bawang besar
  • Satu ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili padi yang anda sukai
  • Satu biji telur ayam
  •  Garam secukup rasa (garam bukit lebih sedap)


Teknik memasaknya:




Teknik masakan kacang botol paling top!
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi
  • Tumis semua bawang yang dikisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan garam secukup rasa
  •  Masukkan telur dan kacang botol
  • Kacau sehingga masak

 Kepada anda yang mahukan anak anda memakan sayur-sayuran, latihlah diri anda dan keluarga memakan seskurang-kurang satu jenis sayur pada setiap sayur.

Jangan lupa dapat novel interaktif kesihatan Eeeee...Sayur!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...