Ikut artikel Percuma

Wednesday, October 31, 2012

Disebalik jenama makanan popular terselindung teknik mendorong anak makan sayur




Selalunya apabila ibu bapa mendorong anak mereka untuk makan sayur-sayuran menggunakan cara konvensional. Dengan cara itu mereka berharap anak mereka mula makan sayur.

Kebanyakan ibu bapa mengunakan teknik ancaman seperti, “ Amir, kamu perlu makan sayur dengan banyak, jika tidak susah mahu buang air besar nanti”. Tanpa disedari si Amir tadi mula beranggapan bahawa kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh ayahnya menyebabkannya tidak suka makan sayur.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, terdapat banyak jenama makanan yang mahal-mahal harganya. Anak-anak orang berada suka kepada makanan segera.

Salah satu makanan yang dikenali jenamanya adalah KFC. Terdapat banyak iklan makanan segera tersebut yang menghiasi selera makan kanak-kanak sehingga mereka terpengaruh untuk mencubanya.

Salah satu akibat daripada pengaruh ini, kanak-kanak mula tidak menyukai sayur. Mereka sudah diasuh untuk menikmati makanan segera yakni lebih memikat hati mereka. Apa yang terlintas pada pemikiran mereka ialah ayam yang gemuk dan kentang yang sedap.

Sebaliknya iklan untuk memikat hati kanak-kanak amat sedikit. Kadang kala objektifnya tidak sampai dan tersasar daripada matlamat.

Di sebalik setiap satu makanan segera itu, ada teori, falsafah dan teknik untuk kegunaan ibu bapa. Banyak jenama makanan dalam bandar-bandar besar yang boleh kita pinjam dan gunakan, dengan kata lain kita gunakan teknik mempengaruhi anak-anak untuk makan sayur dengan jenama tersebut.

“Amir, di KFC, MCDONALD, BURGER KING dan sebagainya semuanya sedap-sedap, di dalam makanan tersebut ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang menyegarkan. Ayah rasa ayah perlu beli lebih banyak sayur-sayuran untuk keluarga kita”.

Teknik mempengaruhi kanak-kanak untuk menyukai sayur-sayuran perlu diubah. Ibu bapa perlu lebih kreatif dan mempelajari ciri-ciri psikologi apakah yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakakan ke atas mereka.

Zaman berubah, iklan berubah tetapi sayur-sayuran dan buah-buahan tidak pernah berubah.



Bagaimana Menghilangkan Fobia Anak Kepada Sayur


Terdapat banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang tidak menyukai sayur-sayuran.

Antara faktor anak-anak mereka tidak meminati sayur-sayuran adalah kerana geli, takut dengan rasa sayur yang pahit, tidak suka dengan warna hijau dan sebagainya.

Dengan lambakan makanan segera yang ada di pasaran, anak-anak ini cenderung untuk makan makanan segera.

Pada suatu peringkat sayur adalah makanan yang perlu ditolak jauh-jauh oleh anak-anak.
Tidak semua kanak-kanak tidak makan sayur, tetapi bilangan yang fobia dengan sayur adalah tinggi.

Justeru ibu bapa perlu mencari alternatif dan cara untuk memujuk kanak-kanak supaya makan sayur dan dapat membesar dalam persekitaran sihat yang lebih baik.

Oleh itu, buku eee...sayur! adalah jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Buku ini ditulis untuk menggalakkan anak-anak makan sayur tanpa mereka sedari. Terdapat pelbagai panduan resepi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa secara kreatif tanpa perlu memujuk anak-anak makan sayur.

Buku ini mengajar anak anda suka kepada sayur
Di dalam buku ini juga terdapat cerita-cerita yang membuatkan anak-anak jatuh cinta dengan makanan yang bernama sayur-sayuran!

Dapatkan buku eee...sayur! di Ekspo Buku Islam 4 sehingga 04 Oktober ini

Wednesday, October 24, 2012

Besarkan potensi diri anak-anak



Kembangkan potensi diri anak-anak dengan menghargai mereka
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
1.       Mudah berkawan.
2.       Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
3.       Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
4.       Boleh mengawal perlakuan.
5.       Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
6.       Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
7.       Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Sekolah Berasrama Penuh


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh
 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

Monday, October 22, 2012

Amalan Sayur Pahit



Sayur pahit bukanlah pilihan utama untuk dimakan, sebaliknya ramai yang lupa tentang khasiat yang tersembunyi yang ada di dalamnya

PERIA
Meskipun rupanya menggerutu, ia mengandungi khasiat antaranya rendah kalori, fiber tinggi, vitamin B1,B2, B3, C magnesium, asid folik, zat besi,fosforus & manganese.Sesuai untuk pesakit diabetes sebagai pengganti insulin.Juga baik untuk mata, membersihkan hati, membina sistem imun  & mengatasi bawasir.

BUAH MENGKUDU
Digelar buah ajaib kerana dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik iaitu penahan sakit, antiseptik & menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.Juga membantu meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, artritis, ulser, kencing manis, buah pinggang, pundi hempedu & urat saraf.

DAUN PECAH BELING
Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis, batu karang serta dan egen diuretik.Sayur ini mempunyai kandunagn mineral yang tinggi seperti kalium(51%), kalsium(24%), natrium(24%), ferum(1%) & fosforus(1%). Juga terkandung vitamin C, B1, B2, ketekin & tannin.

PETAI
Dapat merawat hati, bengkak buah pinggang, kencing manis & membunuh cacing dalam perut serta usus.Daunnya pula boleh merawat demam kuning.Menariknya ramai yang mengamalkan memakan petai untuk membersihkan toksin dalam badan. Jangan makan selalu, makruh pasal berbau.

OLEH ITU, AMALKANLAH DENGAN MEMAKAN MAKANAN SEPERTI ULAM-ULAMAN................
(n.n)

Friday, October 19, 2012

UKM Rintis Sejarah Bedah Buta Kornea

petikan ES
KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan satu pembedahan memulihkan penglihatan seorang bekas anggota polis melalui pembedahan Osteo-Odonto Keratoprosthesis (OOKP).

Pakar Perunding Bedah Mulut dan Maksilofasial PPUKM, Prof Madya Dr Roszalina Ramli, berkata pembedahan itu adalah yang pertama di Malaysia dan membuktikan pakar perubatan tempatan mampu bersaing dengan pakar lain di dunia.

Dr Roszalina berkata, hanya 10 hingga 15 kumpulan pakar seluruh dunia berjaya melakukan operasi pembedahan OOKP itu kerana ia berisiko tinggi.

“Pembedahan OOKP ini kita lakukan dua peringkat dengan peringkat pertama dilaksanakan pada Januari, manakala peringkat kedua pada April lalu.

“Bagi peringkat pertama, kita mengeluarkan gigi pesakit paling sihat dan bentukkan gigi itu dengan bentuk tertentu sebelum memasukkan kanta di tengah gigi terbabit.

“Bersama gigi itu, kita turut mengeluarkan tisu tulang bersama tisu penyokong lain dan menyimpannya pada kiri mata yang tidak berfungsi kerana tidak mahu sebarang gangguan di sebelah kanan mata yang ingin dibedah,” katanya pada sidang media kejayaan pembedahan itu di PPUKM, di sini, semalam.

Turut hadir Pakar Perunding Kanan PPUKM, Prof Dr Raymond Azman Ali; Pakar Perunding Oftalmologi PPUKM, Dr Then Kong Yong, dan pesakit yang menjalani pembedahan itu, Lans Koperal Dunya Enchana.

Katanya, pada peringkat kedua pembedahan, gigi yang disimpan pada bahagian kiri mata dikeluarkan manakala bahagian dalam pipi diambil bagi mengganti selaput mata putih dan akan ditanam dengan gigi serta kanta pada kanan mata.

Bagi Dunya, operasi itu memberi sinar baru dalam hidupnya selepas disimbah asid pada Ogos 2006 oleh remaja yang berdendam dengan rakan setugasnya ketika ditahan akibat mencuri.

Beliau yang berasal dari Miri berkata, akibat kejadian itu kedua matanya menjadi buta sehingga menyukarkan pergerakannya dan terpaksa bergantung kepada isteri dan anak tunggalnya untuk menjalani kehidupan seharian.

“Saya bersyukur kerana akhirnya boleh melihat kembali setelah mendapatkan rawatan di lebih lima buah hospital seluruh negara. Selepas pembedahan ini, saya boleh melihat semula dan tidak memerlukan bantuan untuk berjalan atau menguruskan diri,” katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin

Sumber Resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com (http://jintanmanis.com/sayur/588-kailanikanmasin)
1 Paket baby kailan (atau seikat kailan)
2 keping isi ikan masin kurau (saiz kecil)
Sedikit minyak bijan (ni tak letak pun takpe) - untuk menaikkan lagi aromanya
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah (dihiris nipis)
4 biji cili padi
Minyak masak secukupnya untuk menumis serta sedikit garam
Sedikit sos tiram

Cara-cara
1. Potong baby kailan pada 4 bahagian, basuh, tos dan ketepikan, tumbuk lumat, bawang putih, cili padi  dan isi ikan kurau.
2. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang  ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
3. Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati, akhir sekali masukkan kailan dan hirisan cili merah. Titikkan juga sedikit minyak bijan. (*kalau kailan saiz biasa, masukkan batang kailan dahulu baru daunnya)
4. Gaul rata dan kacau sehingga  sayur layu, jika mahukan sedikit kuah, masukkan suku cawan air, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...