Friday, July 19, 2013

Majalah Asuh Untuk Anak Anda Sihat

Dapatkan untuk anak-anak anda
ASUH #193 bulan OGOS 2013

1. DOA & ZIKIR


* Doa Ketika Berbuka Puasa


* Doa Ketika Malam Lailatulqadar


2. Belajar Hadis (m/s: 6)


Tajuk: Amalan Membawa Ke Syurga


Bulan ini kita pelajari satu lagi hadis Rasulullah SAW yang diriwayat daripada Bukhari dan Muslim tentang Amalan Membawa Ke Syurga iaitu: “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga.”


Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim.”


Jadi, dapatkan majalah Asuh bulan Ogos 2013 untuk mengetahui huraian tentang hadis ini selanjutnya


3. Faham Fikah


Tajuk: Tampal Poster Artis


Seseorang yang menampal poster artis, pelakon atau ahli sukan seperti pemain bola, tenis dan sebagainya di dalam bilik atau di rumahnya menggambarkan cara berfikir yang tidak selaras dengan kehendak agama Islam. Maksudnya, agama Islam tidak menyuruh kita berbuat begitu.


Jadi, tunggu apa lagi dapatkan majalah Asuh terbaharu ini di pasaran sekarang untuk mengetahui huraian selanjutnya yang diberikan oleh Ustaz Dr. Nik Yusri.


 (Banyak lagi artikel dan cerita menarik dalam majalah Asuh yang anda semua boleh dapatkan di kedai-kedai berhampiran)


Selamat membaca!





Tuesday, February 5, 2013

Resepi Sihat Dengan Gamat


Dengar sahaja gamat pasti kita terbayang struktur badannya yang lembut. Ada juga yang geli dengan hidupan laut tersebut. Namun tahukah anda kelebihan gamat?

Pesanan: Apabila kita luka, tidak pula kita geli menyapu minyak gamat pada luka bukan?

Gamat atau timun laut adalah haiwan yang tidak mempunyai tulang namun mempunyai kuasa penyembuhan yang mengkagumkan. Gamat atau nama saintifiknya Stichopus merupakan spesis timun laut yang mempunyai pelbagai kelebihan daripada sudut perubatan tradisional atau moden.

Gamat berbentuk silinder, leper pada bahagian perut dan mempunyai bukaan pada bahagian anterior dan posterior. Tekstur kulitnya licin dan juga bergerutu.

Khasiat Gamat
Jadikan gamat sebagai resepi sihat

Gamat mempunyai cecair gizi yang mengandungi karbohidrat, asid lemak, serta komponen-komponen lain termasuk asid amino, kolagen, Vitamin E, zat-zat galian seperti ferum, magnesium, kromium, kobalt, potassium, sodium, fosforus, kadmium, dan zink.

Bahan bioaktif dalam gamat bertindak sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu badan, manakala kolagen yang terkandung dalam gamat juga dipercayai dapat membantu memperlahankan proses degenerasi sel sekaligus melambatkan proses penuaan.

Selain itu gamat juga berkesan dalam

1.      Meningkatkan kesihatan badan
2.      Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
3.      Menghindari masalah alahan dan lelah
4.      Mengatasi masalah resdung
5.      Buasir dalam dan luar
6.      Mencantikkan kulit serta awet muda
7.      Meningkatkan metabolisma badan
8.      Mengurangkan keletihan
9.      Menghindari sembelit, melegakan migrain
10.  Serta mengawal kencing manis dan kolesterol

TAHUKAH ANDA?

Masyarakat Taiwan lebih gemar memakan daging gamat!



Wednesday, November 14, 2012

Kebaikan dan Khasiat Air Barli

Tidak tahu untuk memilih air apa yang mahu diminum sewaktu 'mengorder' di kedai makan? Selalunya apabila kita berada di kedai makan fikiran melayang-layang untuk minum air yang sedap-sedap. Air seperti milo, nescafe, teh ais dan sebagainya mula menghujani fikiran.

Air yang selalu kita minum
Perasan atau tidak sewaktu berada di kedai makan pasti akan ada pelanggan yang memilih untuk minum air suam?

Samada mereka tiada wang untuk memilih air lain atau tidak, apa yang pasti mereka memilih untuk sihat. Ya, Air suam adalah air yang elok untuk kesihatan berbanding air yang manis, banyak kafein dan mempunyai tahap gula yang melampau.

Tip menjaga kesihatan dengan air suam

Sebaiknya anda memilih air yang tepat dan sesuai untuk kesihatan anda.

Pada kali ini apa kata sewaktu kita berada di kedai makan kita memilih air ini pula:


Kebaikan air barli:

  1. Menyejukkan badan
  2. Melawaskan kencing
  3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  4. Merendahkan kolesterol
  5. Meredakan sembelit
  6. Mencegah penyakit kanser 
  7. Mengurangkan risiko kencing manis
Jom kita lihat apa yang ada dalam air barli:

  1. Fiber
  2. Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
  3. Thiamin (Vitamin B1)
  4. Selenium
  5. Iron
  6. Magnesium
  7. Zinc
  8. Phosporus
  9. Copper dan Niacin
  10. Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain
Kaya dengan khasiat







Wednesday, November 7, 2012

Bergaya Dengan Tudung Mulawa Fashion

Klik di sini
Apakah ciri-ciri tudung yang disukai oleh kaum Hawa?

  1. Tudung yang cantik dan dengan gaya muka yang boleh dibuat pelbagai.
  2. Tudung yang boleh digayakan dengan gaya yang pelbagai.
  3. Mudah dibasuh
  4. Mudah dibawa ke mana-mana
  5. Senang dikeringkan
  6. Tidak terlalu tebal
  7. Unik dan lain daripada tudung sedia ada di pasaran
  8. Kemas
  9. Mempunyai warna dan tona yang mudah digayakan
  10. Cantik pada mata
Jika 10 ciri-ciri tudung ini terdapat pada anda. Sila lihat gambar ini.

Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini untuk lihat lagi

Klik di sini

 
 




 

Wednesday, October 31, 2012

Disebalik jenama makanan popular terselindung teknik mendorong anak makan sayur




Selalunya apabila ibu bapa mendorong anak mereka untuk makan sayur-sayuran menggunakan cara konvensional. Dengan cara itu mereka berharap anak mereka mula makan sayur.

Kebanyakan ibu bapa mengunakan teknik ancaman seperti, “ Amir, kamu perlu makan sayur dengan banyak, jika tidak susah mahu buang air besar nanti”. Tanpa disedari si Amir tadi mula beranggapan bahawa kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh ayahnya menyebabkannya tidak suka makan sayur.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, terdapat banyak jenama makanan yang mahal-mahal harganya. Anak-anak orang berada suka kepada makanan segera.

Salah satu makanan yang dikenali jenamanya adalah KFC. Terdapat banyak iklan makanan segera tersebut yang menghiasi selera makan kanak-kanak sehingga mereka terpengaruh untuk mencubanya.

Salah satu akibat daripada pengaruh ini, kanak-kanak mula tidak menyukai sayur. Mereka sudah diasuh untuk menikmati makanan segera yakni lebih memikat hati mereka. Apa yang terlintas pada pemikiran mereka ialah ayam yang gemuk dan kentang yang sedap.

Sebaliknya iklan untuk memikat hati kanak-kanak amat sedikit. Kadang kala objektifnya tidak sampai dan tersasar daripada matlamat.

Di sebalik setiap satu makanan segera itu, ada teori, falsafah dan teknik untuk kegunaan ibu bapa. Banyak jenama makanan dalam bandar-bandar besar yang boleh kita pinjam dan gunakan, dengan kata lain kita gunakan teknik mempengaruhi anak-anak untuk makan sayur dengan jenama tersebut.

“Amir, di KFC, MCDONALD, BURGER KING dan sebagainya semuanya sedap-sedap, di dalam makanan tersebut ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang menyegarkan. Ayah rasa ayah perlu beli lebih banyak sayur-sayuran untuk keluarga kita”.

Teknik mempengaruhi kanak-kanak untuk menyukai sayur-sayuran perlu diubah. Ibu bapa perlu lebih kreatif dan mempelajari ciri-ciri psikologi apakah yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakakan ke atas mereka.

Zaman berubah, iklan berubah tetapi sayur-sayuran dan buah-buahan tidak pernah berubah.



Bagaimana Menghilangkan Fobia Anak Kepada Sayur


Terdapat banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang tidak menyukai sayur-sayuran.

Antara faktor anak-anak mereka tidak meminati sayur-sayuran adalah kerana geli, takut dengan rasa sayur yang pahit, tidak suka dengan warna hijau dan sebagainya.

Dengan lambakan makanan segera yang ada di pasaran, anak-anak ini cenderung untuk makan makanan segera.

Pada suatu peringkat sayur adalah makanan yang perlu ditolak jauh-jauh oleh anak-anak.
Tidak semua kanak-kanak tidak makan sayur, tetapi bilangan yang fobia dengan sayur adalah tinggi.

Justeru ibu bapa perlu mencari alternatif dan cara untuk memujuk kanak-kanak supaya makan sayur dan dapat membesar dalam persekitaran sihat yang lebih baik.

Oleh itu, buku eee...sayur! adalah jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Buku ini ditulis untuk menggalakkan anak-anak makan sayur tanpa mereka sedari. Terdapat pelbagai panduan resepi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa secara kreatif tanpa perlu memujuk anak-anak makan sayur.

Buku ini mengajar anak anda suka kepada sayur
Di dalam buku ini juga terdapat cerita-cerita yang membuatkan anak-anak jatuh cinta dengan makanan yang bernama sayur-sayuran!

Dapatkan buku eee...sayur! di Ekspo Buku Islam 4 sehingga 04 Oktober ini

Wednesday, October 24, 2012

Besarkan potensi diri anak-anak



Kembangkan potensi diri anak-anak dengan menghargai mereka
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
1.       Mudah berkawan.
2.       Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
3.       Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
4.       Boleh mengawal perlakuan.
5.       Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
6.       Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
7.       Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...