Tuesday, January 31, 2012

insya-Allah

1. nampaknya perlu tunggu lagi ES cetak kerana wakil pencetak baru ambil pembetulan tadi, bukan minggu ini siap cetak, isk
2. pernah makan biji cempedak? http://www.scribd.com/doc/52407182/tepung-biji-cempedak

Friday, January 20, 2012

Diet Gaya Ira

Adakah anda percaya yang anda boleh turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 2 kg dalam masa satu minggu? Dan sekiranya anda betul-betul mengamalkannya, anda boleh dapat keputusan lebih daripada itu. Teknik ini bukanlah satu perkara yang asing di negara luar. Sudah ramai yang mengamalkan teknik ini dan ia terbukti berkesan. Seperti yang katakan ia bukanlah satu perkara yang asing. Jika dahulu, anda mungkin tahu pakar pemakanan kini banyak menekankan aspek kalori defisit di mana kalori yang anda ambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang terbakar. Kali ini sistem ini kurang diguna pakai terutama oleh atlet-atlet bina badan yang mengutamakan kecantikan tubuh dan menitik beratkan soal pemakanan. Kaedah ini digelar diet rendah karbohidrat.

Konsepnya mudah sahaja, anda hanya perlu singkirkan segala sumber karbohidrat dalam diet anda kepada serendah yang mungkin. Jika dalam diet harian kita memerlukan nasi, kini anda perlu menolak nasi dan digantikan dengan sumber makanan yang lain. Sumber yang terbaik ialah sumber protein, seperti dada ayam, putih telur dan sebagainya. Anda juga seboleh-boleh mengelakkan sumber fruktos iaitu buah-buahan yang kaya dengan fruktos kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Suka minum air-air yang manis?

Kini sekiranya anda ingin mengurangkan kandungan karbohidrat atau gula dalam badan anda, anda perlu kurangkan minum air manis dan gantikannya dengan air kurang gula. Jangan risau kerana banyak produk minuman rendah gula 0 kalori berada di pasaran. Cuma anda sedikit bermasalah sekiranya anda makan di kedai-kedai mamak. Jika anda sering pesan teh ais, kini anda perlu pesan teh o ais untuk mengurangkan kadar gula tersebut. Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Anda merasakan diet ini sangat menyusahkan?

Jangan risau, anda masih boleh memakan segala bentuk makanan yang anda mahukan pada hari tertentu yang dinamakan ‘cheat day’. Apa itu ‘cheat day’? ‘Cheat day’ ialah hari di mana anda dibenarkan memakan apa saja bentuk makanan yang anda inginkan tetapi ia hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja selepas anda mengamalkan diet yang ‘kurang seronok’ tetapi efektif. Hari tersebut membantu anda konsisten dalam meneruskan diet anda selama seminggu. Anda boleh menetapkan mana-mana hari dalam seminggu untuk dijadikan ‘cheat day’ dan selalunya hari Sabtu atau Ahad merupakan hari terbaik untuk anda makan sesuka hati tanpa sedikit rasa risau. Berat anda bertambah dengan mendadak pada hari ‘cheat day’?

Jangan risau kerana ia hanya kekal selama 24 hingga 48 jam sahaja. Kemudian, berat anda akan kembali kepada normal semula. Diet jenis ini merupakan diet yang berkesan yang pernah saya amalkan untuk mengurangkan berat badan 2 hingga 3 kg dalam masa seminggu. Sekiranya anda jenis yang obes, anda dapat kurangkan hingga 5 kg dalam masa seminggu sekiranya anda betul-betul ikut dengan diet yang diamalkan.Tetapi sekiranya anda merasakan diet ini sukar, jangan terlalu mendesak. Anda boleh kurangkan secara perlahan-lahan sepanjang minggu. Mengambil saya sebagai contoh, saya hanya menukarkan nasi sahaja kepada bentuk makanan yang lain tetapi masih makan seperti biasa dan kemudian saya tukarkan sumber-sumber karbohidrat sedikit demi sedikit. Masih tidak boleh juga?

Mulakan ia dengan sarapan yang kaya dengan protein dahulu. Sekiranya anda sudah biasa, anda boleh tukarkan diet anda pada makan tengah hari, petang dan malam. Dan pada hari minggu, makanlah sebanyak mana yang anda inginkan tetapi cuba untuk lakukan sedikit latihan angkat berat sebelum anda memulakan aktiviti buas anda itu. Konsep yang sama digunakan oleh pakar-pakar pemakanan. Anda pernah dengar ‘Atkins diet’ atau ‘Dukan diet’?

Konsepnya masih sama iaitu mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dengan sedikit perubahan dari bentuk pemakanan yang tinggi protein.Hasilnya?

Menakjubkan! Cubalah untuk mengetahui hasilnya.

Terima kasih: Cik Nazirah @ Ira

Wednesday, January 18, 2012

KESAN MAKANAN SEGERA KEPADA KANAK-KANAK


Makanan segera bukan sahaja digemari oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Makanan segera seperti gula-gula, keropok dan sebagainya boleh mendatangkan banyak keburukan jika diamalkan berlebihan. Makanan segera boleh didapati dengan mudah sama ada di rumah mahupun di sekolah. Makanan segera boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa yang pendek mahupun panjang sekiranya
diambil secara berterusan.

KESAN JANGKA PENDEK
1. Gemuk. Lebih ramai kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan terutama mereka yang mengambil makanan kurang seimbang dan gaya pemakanan berbentuk segera. Dalam masa sepuluh tahun lagi, satu daripada sepuluh orang kanak-kanak boleh menjadi gemuk.
2. Mengambil banyak kuantiti gula di dalam manisan, coklat dan makanan ringan yang boleh menyebabkan kesan terhadap mental.

KESAN JANGKA PANJANG
1. Kanak-kanak mempunyai risiko tinggi tahap kolesterol yang berlebihan, walaupun ia mungkin tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal namun anak tersebut berisiko mendapat penyakit jantung apabila menjangkau usia 40 an.
2. Diet yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, rendah kuantiti buah-buahan serta rendah kuantiti sayur-sayuran boleh memberi kesan barah usus, payu dara dan perut pada kemudian hari.
Makanan yang sihat mungkin agak sukar disediakan kerana ia mungkin mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kos yang agak tinggi.(?)
Walaupun ibu sedar tentang makanan seimbang dan sihat serta mengambil langkah mengubah diet sekeluarga, kanak-kanak dan ibu bapa mungkin enggan mengikutinya.

RA: FARAH FAUZI

Tuesday, January 17, 2012

♥ Keburukan Fast Food ♥

(ES)

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.
Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.
Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

RA: FARAH FAUZI

Monday, January 16, 2012

KENAPA KANAK-KANAK SUKA MAKAN FAST FOOD?

Jawapan daripada pelajar Tahun 4 SK Sultan Omar, Muhammad Afiq Irfan bin Muryadi:
·     Sedap dan lazat pastinya menjadi sebab utama.
·     Tempat selesa dan menarik, macam KFC dan McD di Dungun ni.
·     Rangup!
·     Makanan yang ada di restoran fast food ni, tidak ada di restoran lain.
RA: FARAH FAUZI

Friday, January 13, 2012

KENAPA BUDAK PEREMPUAN HENDAK KE ASRAMA?

Pendapat salah seorang bekas pelajar SMK (A) Kuala Abang, Dungun, Terengganu, Nan Nor Nuha bt Long Muhammad Azahari, apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk tinggal di asrama apabila memasuki sekolah menengah:
·     6 tahun di sekolah rendah, berulang-alik dari rumah ke sekolah, saya menginginkan kelainan dan pastinya tinggal di asrama dapat memberi kelainan tersebut.
·     Saya ingin merasa tinggal berjauhan dari keluarga dan hidup dikelilingi hanya rakan-rakan.
·     Merasakan dengan memilih untuk tinggal di asrama dapat membantu saya meningkatkan kualiti diri, berdisiplin tinggi dan lebih mematuhi masa.
·     Ingin berdikari. Tinggal di asrama menyebabkan saya perlu membuat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa seperti membasuh dan menggosok baju.
·     Terfikir bahawa tinggal di asrama akan memberi ruang masa yang banyak kepada saya untuk belajar berbanding di rumah yang banyak gangguan seperti televisyen, komputer, kerenah adik-adik dan sebagainya.
RA: FARAH FAUZI

Thursday, January 12, 2012

KENAPA KANAK-KANAK TIDAK SUKA SAYUR???

·     Kanak-kanak suka makanan manis. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak cenderung makan buah-buahan kerana rasanya yang manis berbanding sayuran yang pahit.
·     Ahli keluarga yang dewasa tidak mengamalkan dan menunjukkan pengambilan sayuran dalam diet harian menyebabkan kanak-kanak juga tidak berminat untuk makan sayuran.
·     Ibu bapa menggunakan pendekatan yang salah, cenderung memaksa daripada memujuk anak-anak untuk makan sayuran.
·     Penyediaan makanan bersayur tidak kreatif, menarik dan tidak dipelbagaikan rasa menyebabkan kanak-kanak tidak berminat.

Menurut kajian sains:
·     Faktor genetik mempengaruhi selera kanak-kanak. Gen TAS2R38 bertanggungjawab atas keengganan anak untuk selera pahit.
·     Kanak-kanak dilahirkan dengan 10000 deria rasa dan deria rasa ini berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Orang dewasa rata-rata memiliki 3000 deria rasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih sensitif pada rasa pahit sayuran berbanding orang dewasa.

RA: FARAH FAUZI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...