Wednesday, November 14, 2012

Kebaikan dan Khasiat Air Barli

Tidak tahu untuk memilih air apa yang mahu diminum sewaktu 'mengorder' di kedai makan? Selalunya apabila kita berada di kedai makan fikiran melayang-layang untuk minum air yang sedap-sedap. Air seperti milo, nescafe, teh ais dan sebagainya mula menghujani fikiran.

Air yang selalu kita minum
Perasan atau tidak sewaktu berada di kedai makan pasti akan ada pelanggan yang memilih untuk minum air suam?

Samada mereka tiada wang untuk memilih air lain atau tidak, apa yang pasti mereka memilih untuk sihat. Ya, Air suam adalah air yang elok untuk kesihatan berbanding air yang manis, banyak kafein dan mempunyai tahap gula yang melampau.

Tip menjaga kesihatan dengan air suam

Sebaiknya anda memilih air yang tepat dan sesuai untuk kesihatan anda.

Pada kali ini apa kata sewaktu kita berada di kedai makan kita memilih air ini pula:


Kebaikan air barli:

  1. Menyejukkan badan
  2. Melawaskan kencing
  3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  4. Merendahkan kolesterol
  5. Meredakan sembelit
  6. Mencegah penyakit kanser 
  7. Mengurangkan risiko kencing manis
Jom kita lihat apa yang ada dalam air barli:

  1. Fiber
  2. Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
  3. Thiamin (Vitamin B1)
  4. Selenium
  5. Iron
  6. Magnesium
  7. Zinc
  8. Phosporus
  9. Copper dan Niacin
  10. Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain
Kaya dengan khasiat







Wednesday, November 7, 2012

Bergaya Dengan Tudung Mulawa Fashion

Klik di sini
Apakah ciri-ciri tudung yang disukai oleh kaum Hawa?

  1. Tudung yang cantik dan dengan gaya muka yang boleh dibuat pelbagai.
  2. Tudung yang boleh digayakan dengan gaya yang pelbagai.
  3. Mudah dibasuh
  4. Mudah dibawa ke mana-mana
  5. Senang dikeringkan
  6. Tidak terlalu tebal
  7. Unik dan lain daripada tudung sedia ada di pasaran
  8. Kemas
  9. Mempunyai warna dan tona yang mudah digayakan
  10. Cantik pada mata
Jika 10 ciri-ciri tudung ini terdapat pada anda. Sila lihat gambar ini.

Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini untuk lihat lagi

Klik di sini

 
 




 

Wednesday, October 31, 2012

Disebalik jenama makanan popular terselindung teknik mendorong anak makan sayur




Selalunya apabila ibu bapa mendorong anak mereka untuk makan sayur-sayuran menggunakan cara konvensional. Dengan cara itu mereka berharap anak mereka mula makan sayur.

Kebanyakan ibu bapa mengunakan teknik ancaman seperti, “ Amir, kamu perlu makan sayur dengan banyak, jika tidak susah mahu buang air besar nanti”. Tanpa disedari si Amir tadi mula beranggapan bahawa kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh ayahnya menyebabkannya tidak suka makan sayur.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, terdapat banyak jenama makanan yang mahal-mahal harganya. Anak-anak orang berada suka kepada makanan segera.

Salah satu makanan yang dikenali jenamanya adalah KFC. Terdapat banyak iklan makanan segera tersebut yang menghiasi selera makan kanak-kanak sehingga mereka terpengaruh untuk mencubanya.

Salah satu akibat daripada pengaruh ini, kanak-kanak mula tidak menyukai sayur. Mereka sudah diasuh untuk menikmati makanan segera yakni lebih memikat hati mereka. Apa yang terlintas pada pemikiran mereka ialah ayam yang gemuk dan kentang yang sedap.

Sebaliknya iklan untuk memikat hati kanak-kanak amat sedikit. Kadang kala objektifnya tidak sampai dan tersasar daripada matlamat.

Di sebalik setiap satu makanan segera itu, ada teori, falsafah dan teknik untuk kegunaan ibu bapa. Banyak jenama makanan dalam bandar-bandar besar yang boleh kita pinjam dan gunakan, dengan kata lain kita gunakan teknik mempengaruhi anak-anak untuk makan sayur dengan jenama tersebut.

“Amir, di KFC, MCDONALD, BURGER KING dan sebagainya semuanya sedap-sedap, di dalam makanan tersebut ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang menyegarkan. Ayah rasa ayah perlu beli lebih banyak sayur-sayuran untuk keluarga kita”.

Teknik mempengaruhi kanak-kanak untuk menyukai sayur-sayuran perlu diubah. Ibu bapa perlu lebih kreatif dan mempelajari ciri-ciri psikologi apakah yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakakan ke atas mereka.

Zaman berubah, iklan berubah tetapi sayur-sayuran dan buah-buahan tidak pernah berubah.



Bagaimana Menghilangkan Fobia Anak Kepada Sayur


Terdapat banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang tidak menyukai sayur-sayuran.

Antara faktor anak-anak mereka tidak meminati sayur-sayuran adalah kerana geli, takut dengan rasa sayur yang pahit, tidak suka dengan warna hijau dan sebagainya.

Dengan lambakan makanan segera yang ada di pasaran, anak-anak ini cenderung untuk makan makanan segera.

Pada suatu peringkat sayur adalah makanan yang perlu ditolak jauh-jauh oleh anak-anak.
Tidak semua kanak-kanak tidak makan sayur, tetapi bilangan yang fobia dengan sayur adalah tinggi.

Justeru ibu bapa perlu mencari alternatif dan cara untuk memujuk kanak-kanak supaya makan sayur dan dapat membesar dalam persekitaran sihat yang lebih baik.

Oleh itu, buku eee...sayur! adalah jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Buku ini ditulis untuk menggalakkan anak-anak makan sayur tanpa mereka sedari. Terdapat pelbagai panduan resepi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa secara kreatif tanpa perlu memujuk anak-anak makan sayur.

Buku ini mengajar anak anda suka kepada sayur
Di dalam buku ini juga terdapat cerita-cerita yang membuatkan anak-anak jatuh cinta dengan makanan yang bernama sayur-sayuran!

Dapatkan buku eee...sayur! di Ekspo Buku Islam 4 sehingga 04 Oktober ini

Wednesday, October 24, 2012

Besarkan potensi diri anak-anak



Kembangkan potensi diri anak-anak dengan menghargai mereka
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
1.       Mudah berkawan.
2.       Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
3.       Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
4.       Boleh mengawal perlakuan.
5.       Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
6.       Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
7.       Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Sekolah Berasrama Penuh


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh
 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

Monday, October 22, 2012

Amalan Sayur Pahit



Sayur pahit bukanlah pilihan utama untuk dimakan, sebaliknya ramai yang lupa tentang khasiat yang tersembunyi yang ada di dalamnya

PERIA
Meskipun rupanya menggerutu, ia mengandungi khasiat antaranya rendah kalori, fiber tinggi, vitamin B1,B2, B3, C magnesium, asid folik, zat besi,fosforus & manganese.Sesuai untuk pesakit diabetes sebagai pengganti insulin.Juga baik untuk mata, membersihkan hati, membina sistem imun  & mengatasi bawasir.

BUAH MENGKUDU
Digelar buah ajaib kerana dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik iaitu penahan sakit, antiseptik & menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.Juga membantu meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, artritis, ulser, kencing manis, buah pinggang, pundi hempedu & urat saraf.

DAUN PECAH BELING
Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis, batu karang serta dan egen diuretik.Sayur ini mempunyai kandunagn mineral yang tinggi seperti kalium(51%), kalsium(24%), natrium(24%), ferum(1%) & fosforus(1%). Juga terkandung vitamin C, B1, B2, ketekin & tannin.

PETAI
Dapat merawat hati, bengkak buah pinggang, kencing manis & membunuh cacing dalam perut serta usus.Daunnya pula boleh merawat demam kuning.Menariknya ramai yang mengamalkan memakan petai untuk membersihkan toksin dalam badan. Jangan makan selalu, makruh pasal berbau.

OLEH ITU, AMALKANLAH DENGAN MEMAKAN MAKANAN SEPERTI ULAM-ULAMAN................
(n.n)

Friday, October 19, 2012

UKM Rintis Sejarah Bedah Buta Kornea

petikan ES
KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan satu pembedahan memulihkan penglihatan seorang bekas anggota polis melalui pembedahan Osteo-Odonto Keratoprosthesis (OOKP).

Pakar Perunding Bedah Mulut dan Maksilofasial PPUKM, Prof Madya Dr Roszalina Ramli, berkata pembedahan itu adalah yang pertama di Malaysia dan membuktikan pakar perubatan tempatan mampu bersaing dengan pakar lain di dunia.

Dr Roszalina berkata, hanya 10 hingga 15 kumpulan pakar seluruh dunia berjaya melakukan operasi pembedahan OOKP itu kerana ia berisiko tinggi.

“Pembedahan OOKP ini kita lakukan dua peringkat dengan peringkat pertama dilaksanakan pada Januari, manakala peringkat kedua pada April lalu.

“Bagi peringkat pertama, kita mengeluarkan gigi pesakit paling sihat dan bentukkan gigi itu dengan bentuk tertentu sebelum memasukkan kanta di tengah gigi terbabit.

“Bersama gigi itu, kita turut mengeluarkan tisu tulang bersama tisu penyokong lain dan menyimpannya pada kiri mata yang tidak berfungsi kerana tidak mahu sebarang gangguan di sebelah kanan mata yang ingin dibedah,” katanya pada sidang media kejayaan pembedahan itu di PPUKM, di sini, semalam.

Turut hadir Pakar Perunding Kanan PPUKM, Prof Dr Raymond Azman Ali; Pakar Perunding Oftalmologi PPUKM, Dr Then Kong Yong, dan pesakit yang menjalani pembedahan itu, Lans Koperal Dunya Enchana.

Katanya, pada peringkat kedua pembedahan, gigi yang disimpan pada bahagian kiri mata dikeluarkan manakala bahagian dalam pipi diambil bagi mengganti selaput mata putih dan akan ditanam dengan gigi serta kanta pada kanan mata.

Bagi Dunya, operasi itu memberi sinar baru dalam hidupnya selepas disimbah asid pada Ogos 2006 oleh remaja yang berdendam dengan rakan setugasnya ketika ditahan akibat mencuri.

Beliau yang berasal dari Miri berkata, akibat kejadian itu kedua matanya menjadi buta sehingga menyukarkan pergerakannya dan terpaksa bergantung kepada isteri dan anak tunggalnya untuk menjalani kehidupan seharian.

“Saya bersyukur kerana akhirnya boleh melihat kembali setelah mendapatkan rawatan di lebih lima buah hospital seluruh negara. Selepas pembedahan ini, saya boleh melihat semula dan tidak memerlukan bantuan untuk berjalan atau menguruskan diri,” katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin

Sumber Resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com (http://jintanmanis.com/sayur/588-kailanikanmasin)
1 Paket baby kailan (atau seikat kailan)
2 keping isi ikan masin kurau (saiz kecil)
Sedikit minyak bijan (ni tak letak pun takpe) - untuk menaikkan lagi aromanya
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah (dihiris nipis)
4 biji cili padi
Minyak masak secukupnya untuk menumis serta sedikit garam
Sedikit sos tiram

Cara-cara
1. Potong baby kailan pada 4 bahagian, basuh, tos dan ketepikan, tumbuk lumat, bawang putih, cili padi  dan isi ikan kurau.
2. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang  ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
3. Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati, akhir sekali masukkan kailan dan hirisan cili merah. Titikkan juga sedikit minyak bijan. (*kalau kailan saiz biasa, masukkan batang kailan dahulu baru daunnya)
4. Gaul rata dan kacau sehingga  sayur layu, jika mahukan sedikit kuah, masukkan suku cawan air, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.

Tuesday, August 14, 2012

Terima kasih!

Teruja dengan post mereka =) Dipetik daripada:
http://abuzarinharun.blogspot.com/2012/03/semangat-dari-azlan-ismail-resha-hamzah.html
Perkara penting yang tuan perlu tahu:

1. Banyakkan bahan bacaan dalam  dtor memori tuan mulai sekarang

2. Target buku apa yang mahu saudara tulis

3. Rajin ke kedai buku- Bedah isi kandungan buku yang saudara suka baca

4. Catat segala idea yang tuan rasa penting- Walaupun di atas sehelai kertas tisu- A. Samad Said melakukan kaedah ini sejak lama dahulu.

5. Berdoa kepada Tuhan kita iaitu Allah.

Sekian, wassalam.
Atas tu adalah emel dari En Azlan Ismail, penulis buku Eee..Sayur! Buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd yang terbaru dan hangat di pasaran. Karya sulung beliau bersama Editor Buku/Novel, En Amir Abd Hamid@ Resha Hamzah :
 
  
Terbit juga rasa cemburu melihat orang lain menulis dan menghasilkan karya. InsyaAllah, ada rezeki dan ilham kurniaan Allah SWT aku pun mahu meniti laluan yang sama seperti mereka.

http://sukadukaida.blogspot.com/2012/03/ida-dan-baucer-buku.html

 Ini kamus dan satu buku ida beli, nak tahu kenapa ida beli buku tu, cuba  baca tajuk tu. haha kelakar macam ida jew, ida tak suka sayur jadi saja nak baca buku untuk motivasi diri suka sayur, insyallah amin =).

Thursday, July 12, 2012

Messi bermula dengan permain futsal

Messi baru


Ronaldinho, Messi, Zidane, Kaka, Fabregas dan Cristiano Ronaldo semuanya memiliki persamaan? Apakah persamaan mereka? Mereka memiliki keterampilan atau bakat bermain bola yang luar biasa kerana permainan bola futsal.
Adakah pengganti Messi dan Ronaldo ada di sini?

Futsal adalah versi rasmi FIFA dengan ruang yang boleh diisi pemain sebanyak lima orang untuk sebelah padang. Sukan ini dimainkan di lapangan datar keras kira-kira ukuran lapangan basketball dengan bola yang lebih kecil dan lebih berat. Substitusi dibuat "on the fly" dan tempo cepat dipertahankan dengan membataskan kick-in, sudut dan tendangan. Meskipun masih dalam tahap awal pengembangan di Amerika Utara, Futsal sangat popular di negara-negara seperti Itali, Brazil, Sepanyol dan Argentina.

Aliran cepat Futsal memungkinkan pemain muda untuk berimprovisasi, menjadi kreatif dan menggunakan keterampilan individu seperti kontrol bola. Ini tidak memungkinkan untuk "menendang dan menjalankan" taktik sebagai kawasan bermain yang terlalu kecil dan terlalu besar. Hal ini memerlukan pemain untuk berfikir dan bertindak cepat kali setiap kali menyentuh bola.

Pemain harus menggunakan akal dengan satu sentuhan mereka untuk menghasilkan gol. Menggunakan setiap dan semua bahagian kaki untuk passing, redirect, film dan menembak bola dengan tepat. Inilah kehebatan yang dimiliki oleh pemain futsal, mereka pantas dan cekap mengagak ruang yang kecil.

Futsal terus menempatkan pemain dengan bola menggunakan teknik yang tepat untuk membuat lintasan cepat. Pemain tanpa bola didorong untuk membuat ruang dan menghasilkan gol. Teknik cepat dan pantas bermain futsal membantu banyak pemain kelas dunia untuk beraksi dengan gaya hantaran bola sepak yang cantik. 

Apakah anda pernah memperhatikan bagaimana Messi dan rakan tim Barcelonanya mudah menangkap umpan-umpan pendek dancepat? Mereka semua bermain futsal!

Bermain sepak bola dengan indah dikembangkan melalui Futsal.

Kelebihan bermain futsal:

Ketagih permainan futsal

Wednesday, July 11, 2012

Panduan tidurkan bayi dengan betul


Apakah pentingnya ibu bapa mengambil tahu tentang kedudukan bayi mereka yang sedang tidur? Cuba lihat bayi anda, adakah si comel anda sekarang sedang tidur dengan menggunakan perut atau tidur dengan menggunakan bahagian belakang badan.

Ibu bapa perlu tahu bahawa terdapat hubungan antara kedudukan tidur bayi dengan kematian secara mengejut. Risiko kematian bayi yang tidur dengan menggunakan perut adalah tinggi di mana bayi cenderung untuk tersedak dan tercedera pada bahagian leher.

Tidur mengiring

Untuk membiarkan bayi anda tidur secara mengiring adalah lebih selamat berbanding membiarkan ia tidur dengan perut. Tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa kedudukan yang tidak selamat untuk bayi anda tidur di menggunakan belakang badan.

Bayi yang sudahpun besar
Bagaimana jika bayi sakit semasa tidur di atas belakangnya?

Doktor percaya bahawa jika bayi yang tidur pada bahagian belakang, ia akan menjadi berbahaya jika bayi tersebut muntah. Orang ramai beranggapan bahawa bayi mungkin tercekik, kerana ia tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk memusingkan kepala.

Walau bagaimanapun, bayi yang tidur di belakang mereka tidak mempunyai kesukaran mengubah kepala mereka jika mereka sakit.

Bahaya muntah adalah hujah yang paling penting untuk bayi tidur dengan perut, tetapi ia lebih merbahaya kepada biarkan tidur bayi dalam kedudukan ini.

Mengapa ia lebih selamat untuk bayi anda tidur di atas bahagian belakangnya?

Secara praktikalnya adalah lebih selamat anda berpegang pada hujah bahawa si comel anda perlu tidur menggunakan bahagian belakang badannya.

Terdapat beberapa teori yang tidak menyokong bayi tidur menggunakan perut:

1.      Satu teori adalah, bayi yang tidur di atas perut yang boleh berbaring dengan muka yang begitu hampir dengan lembaran bahawa ia terus menghirup udara yang sama dan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

2.      Satu lagi kemungkinan bahawa bayi itu boleh mati sesak nafas, apabila tidur di atas atau perut pada tilam yang terlalu lembut dan selesa. Telah ada kes kematian bayi yang tidur di atas katil angin. Jadi jangan sesekali menggunakan katil angin adan untuk menidurkan si comel.
2.
3.      Teori ketiga ialah bahawa ia adalah berbahaya kepada bayi berbaring dengan muka terhadap tilam, yang mungkin mengandungi mikrob yang boleh mengganggu pernafasan bayi.

Tiada siapa yang masih belum menyelesaikan misteri kematian mengejut. Hari ini, kita hanya tahu bahawa kes-kes kematian mengejut telah turun mendadak, sejak doktor mencadangkan bahawa bayi tidur di belakang mereka.

Apa yang perlu dilakukan apabila bayi anda mula beralih alih dengan sendirinya

Apabila bayi telah membesar dan pandai memusingkan badannya dengan sendirinya dalam katil, anda hanya perlu  memasukkannya tangan di atas bahagian belakangnya. Tetapi tidak perlu bimbang jika mereka berpaling alih kemudian. Tidak ada keperluan untuk mengejutkan semula bayi anda di atas pada waktu malam.

Sebentar lagi bayi ini akan bangun

Semua bayi perlu tidur di belakang mereka?

Jika bayi anda sihat, ia harus tidur di belakang.
Dalam kes bayi yang menghidap penyakit tertentu, ia disyorkan bahawa bayi tidur dengan perut. Jika bayi mengalami mana-mana penyakit-penyakit ini, doktor akan menasihati ibu bapa kedudukan mana bayi anda perlu tidur.

Bagaimana untuk membuat katil bayi anda selamat?

Ia disyorkan bahawa bayi tidur atas tilam biasa, bukannya yang terlalu lembut. Katil menjadi stabil dan bawah katil hendaklah dibuat di dalam satu bahagian pepejal yang daya ketahanannya bagus. Bar di sebelah katil tidak harus lebih daripada 6.5cm selain, bayi tidak boleh menjadikan  kepalanya tersangkut. Sisi dan hujung katil sekurang-kurangnya 60cm tinggi, supaya bayi tidak boleh merangkak atau memanjat keluar.

Ibu bapa tidak harus meletakkan telefon bimbit, barang mainan atau objek lain di atas katil kerana bayi boleh menangkapnya. Jangan isikan katil dengan banyak mainan lembut. Jangan tutup tilam dengan plastik kerana ini boleh menyebabkan kelemasan. Bantal bayi mestilah menggunakan saiz yang sesuai.

Jangan biarkan bayi mempunyai bantal dewasa. Ini akan mewujudkan bahaya kelemasan dan tidak baik untuk belakang bayi.

Di dalam bilik di mana bayi tidur tidak boleh terlalu panas. Suhu 16 hingga 20 c adalah mencukupi. Semasa musim panas, pastikan bahawa bayi itu tidak terlebih berpakaian kemas, dan lebih berhati-hati jika bayi yang mempunyai demam.

Apa lagi yang anda boleh lakukan untuk membuat tidur bayi anda selamat yang mungkin?

Nama si kecil ini Haris

Ia telah terbukti bahawa risiko kematian mengejut meningkat jika ibu bapa merokok. Merokok adalah salah satu faktor utama yang dikaitkan dengan kematian jenis ini. Saintis percaya bahawa bilangan kes-kes kematian ini boleh dikurangkan sebanyak 66 peratus, jika ibu bapa berhenti merokok dalam rumah yang didiami si kecil.

Monday, July 9, 2012

Cara-cara dan teknik mengubati jerawat




Jerawat adalah salah satu daripada perkara-perkara yang tidak disukai oleh semua orang. Tidak kira sama ada lelaki atau wanita jerawat adalah satu perkara yang teruk dan tidak digemari.

Saya tidak suka jerawat!
Walaupun kebanyakan kes jerawat adalah ringan, kes-kes lain adalah agak teruk dan boleh membawa kepada kelihatan parut. Jadi, bukan sahaja orang-orang ini perlu menderita melalui wabak buruk jerawat, mereka kemudian perlu untuk hidup dengan parut sepanjang hidup mereka.

Adakan anda termasuk dalam kategori ini? Bagaimana pula cara merawatnya? Jawapannya  sekurang-kurangnya anda boleh menelefon mana-mana nombor perawat parut jerawat yang akan mengurangkan parut di muka.

Salah satu remedi yang paling terkenal untuk parut jerawat ialah jus limau. Anda boleh memohon jus atau limau kepada kawasan masalah jerawat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mendapati bahawa jus sitrus tulen merengsa kulit mereka, sehingga anda mungkin ingin mencuba yang lain. Memohon sekali atau dua kali sehari untuk beberapa minggu dan lihat berapa banyak ringan parut kelihatan. Ia boleh mengambil beberapa lama, tetapi jika ia nampaknya tidak akan bekerja untuk anda, maka anda boleh mencuba remedi parut jerawat yang lain.

Ramai orang bersumpah dengan minyak zaitun untuk membuat parut jerawat mereka kurang kelihatan. Malah, terdapat mana-mana nombor minyak yang berbeza yang anda boleh cuba. Hanya mengurut minyak ke dalam parut dan kawasan sekitarnya, dan biarkan ia merawat. Ini membantu untuk melembutkan dan melembapkan kulit yang boleh membantu mengurangkan jarak penglihatan parut jerawat.

Berikut adalah ubat semulajadi kepada jerawat bahawa anda mungkin tidak biasa dengan: tomato! Itu betul. Tomato yang tinggi dalam Vitamin A yang mengawal badan daripada menghasilkan sebum terlalu banyak, yang merupakan bahan yang sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk jerawat bermula dengan tomato juga kaya dengan antioksidan yang bermanfaat untuk membaik pulih kulit.

Salah satu parut jerawat remedi yang paling menenangkan adalah campuran air mawar dan cendana. Hanya menambahkan beberapa titis air mawar kepada cendana sehingga ia berada pada pes seperti konsisten. Kemudian letakkan pes yang terhasil secara langsung pada parut dan biarkan ia merawat kira-kira sejam. Ini adalah sangat lembut pada kulit, jadi anda juga boleh meninggalkan ia apabila anda tidur.

Anda perlu lebih berhati-hati jika anda sedang mengalami wabak jerawat, seperti yang mana anda tidak sepatutnya membiarkan mana-mana bahan asing masuk ke dalam luka. Bukan sahaja ia boleh merengsa, tetapi ia juga boleh menjadikan jerawat bertambah teruk. 

Harap satu sahaja yang tumbuh!
Walaupun ramai orang telah menemui kejayaan dengan rawatan parut jerawat di atas, anda harus sentiasa berunding dengan profesional perubatan yang berkelayakan sebelum melakukan apa-apa yang mempunyai kaitan dengan kesihatan anda.

Tuesday, July 3, 2012

Puan Juwita Awas dan Encik Kassim Tak Selamat


Amalkan teknik pegang pisau dengan betul


Pernahkah kita terhiris tangan sehingga berdarah sewaktu memotong bahan masakan di dapur? Adakah kerana kecuaian kita memegang pisau atau adakah kerana pisau yang digunakan tidak sesuai untuk memotong?

“Abang! Saya terhiris tangan sewaktu memotong lobak merah di dapur tadi,” adu Puan Juwita Awas kepada suaminya En. Kassim Tak Selamat.

“Itulah, sudah abang berkali-kali berkata, jangan potong buah-buahan dengan teknik salah nanti kamu tidak selamat,” kata En Kassim Tak Selamat kepada isteri yang dicintainya.

“Mulai hari ini kita makan sahajalah di luar. Sudah berkali-kali saya terhiris tangan kiri dan tangan kanan,” kata Puan Juwita Selamat sambil menunjukkan parut yang sudah sebati di tangannya.

Lalu bermulalah episod Puan Juwita Awas dan Encik Kassim Tak Selamat yang tidak pernah makan di rumah.

Sekian drama tersebut menutup kisah yang terkisah.

Jadi?

Terdapat banyak orang memotong bahan makanan mereka dengan cara yang salah. Sebagai contoh mereka memotong sayur-sayuran sehingga tidak ada rupa seperti sayuran, terpotong kecil dan ada juga terpotong besar.

Banyak juga suri rumah yang merajuk tidak mahu memasak lagi kerana selalu sahaja tangannya meninggalkan kesan parut sehingga suami merungut kerana selalu sahaja makan di luar.

Pada hari ini kita akan belajar cara-cara memotong lobak merah dengan betul. Justeru, tidak ada lagi ruang dan peluang untuk kita makan di luar.


Gunakan tangan kanan sewaktu memotong bahan masakan


Tips potong lobak merah dan bahan makanan yang sesuai dengan teknik yang betul:

1.       Untuk mendapatkan potongan lobak merah sekata, pastikan tangan kita berada di atas lobak tersebut.

2.       Jari hantu berada pada posisi paling atas untuk memudahkan kerja pemotongan

3.       Pastikan mata pisau berada di hadapan permukaan kuku jari hantu

4.       Semasa memotong, hanya gerakkan jari hantu diikuti dengan mata pisau

NOTA: Dengan cara ini potongan lobak merah menjadi sekata yakni mempercepatkan lagi proses memasak.

Langkah ini sesuai digunakan sewaktu memasak di rumah, restoran dan sebagainya.

Selamat berkunjung ke blog ini. Selamat mencuba!

Teknik buat kek cawan vanilla

Adakah resepi kek cawan tercipta daripada gambar di atas

Bahan-bahan untuk 35 biji kek

ü  150 gram mentega
ü  150 gram gula kastor
ü  185 gram tepung naik sendiri
ü  3 biji telur
ü  ½ sudu teh soda bikarbonat
ü  1 sudu teh vanilla
ü  Untuk ising:
ü  100 gram mentega
ü  200 gram gula ising
ü  2 sudu teh air panas
ü  1 sudu teh esen vanilla
ü  Chocolate rice untuk ditabur

Teknik-tekniknya:

1.       Pukul butter dan gula hingga kembang
2.       Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanilla
3.       Masukkan tepung yang sudah diadun sebati dengan soda bikarbonat. Campurkan
4.       Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan sehingga ¾ penuh
5.       Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 C
6.       Untuk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga timbul warna putih krim
7.       Sapukan ising di atas kek. Sebelum letak ising pastikan kek benar-benar sejuk. Kemudian boleh tabur chocolate rice atau manik berwarna.

Selamat datang ke blog ini. Selamat mencuba....


Evolusi kek cawan sentiasa menarik perhatian penggemarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...