Monday, April 18, 2011

dewan serbaguna

 serbaguna habis! (sidai apa tu?)
 cantik cara dia cat
 susunan solid waste
tempat berkarya

Monday, April 11, 2011

BELI IKAN KEMUDIAN SIANG SENDIRI

Cerita dan kisah dari Jengka.
Pagi itu aku bangun dengan segar,
tanpa lengah aku terus ke belakang dapur:
adalah tabiat aku melihat kerajinan mak aku;
aku melihat mak menyiang ikan tilapia.
Cara siang
Wow! Hebat mak menyiang ikan.
Seperti pelakon kungfu dan kuntau memutar ikan.
Menyelar dan menyisik.
Dalam suara ibu aku bertanyakan sesuatu,
"Mahukah ibu akan menantu yang pandai menyiang ikan
Makin tak pandai?"
Mak berkata wanita perlu pandai menyiang ikan.
Jangan asyik makan di luar bersama suami.
Lalu aku berfikir,
'Adakah cara menyiang ikan semakin pupus?
Adakah wanita zaman sekarang hanya pandai makan saja!
Nota:
Aku kagum melihat skil mak aku- 
Seperti wanita sejati!

Minta sedap!


Makanan terangkat di Padang Jawa!


BERPENYET UNTUK DAPAT SEDAP (RM4.00++)
Nota: Sedap ini jangan diperkatakan
Sedapnya menggamat pelajar UiTM Shah Alam
Berbondong-bondong hadir
Bukan kerana buat demonstrasi pilihan raya
Bukan gaduh rebut cinta
Tetapi meraikan kesedapan ayam penyet
Jom pekena ayam penyet di Padang Jawa Shah Alam!
Penyetlah kamu sebelum kamu dipenyetkan!
Aku makan dengan pinggan-pinggannya sekali!
Wow!!








Thursday, April 7, 2011

JANGAN KOMEN MAKANAN (3)

location: western food, kota damansara
price: RM35.00++(snacks and beverages)
  RM 20.00
 
  RM 10.00

TAPAU
Burger 1 RM2, sosej 2 RM1, tambah 0? Packaging itu yang mahal mungkin. huu

Tuesday, April 5, 2011

sendu

Waktu itu hujan lebat. Senyum.

JOM JADI SUKARELAWAN

Hebat menghadapi dugaan
Mereka amat memerlukan bantuan

Nenek ini gagah menjaga dua orang cucu
Selalu kita lupa bagaimana mahu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Orang susah, OKU, cacat penglihatan, pekak, bisu dan sebagainya tidak pernah lupa supaya mereka ini dibantu.

Namun jangan kita lupa mereka perlu kita bantu bukan dengan mereka mencari kita, sebaliknya kita perlu mencari mereka.

Siapa tahu mereka cuma ada basikal buruk untuk mencari kita.

Siapa pun tidak tahu.

Siapa tahu kini mereka berada dalam kelaparan.

Siapa tahu kita si ibu ditinggalkan seorang diri oleh anaknya.

Siapa tahu si cacat anggota kaki sedang mengheret dirinya sendiri ke bilik air.

Mari kita bantu mereka, mari kita jadi sukarelawan Islamic Relief Malaysia.

Jangan kita salah parking.

Mari kita bantu mereka.

Bukan mahu bantu hulur duit.

Bukan mahu bantu hulur jongkong emas.

Mari kita bantu ringankan beban mereka.

Cukup kita rasai air mata mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...