Friday, March 9, 2012

Kisah Abang Alif

Assalamualaikum semua =)

Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan rezeki daripada Allah yang Maha Hebat.

Semasa solat jumaat tadi ES amat terharu dengan pengisian khutbah yang disampaikan oleh imam Masjid Sahabah itu. Jika tidak silap ES imam muda itu bernama Ustaz Yusof.

Terdapat dua objektif penyampaian yang sempat ES rekodkan:

1. Kepentingan kita menyampaikan perkataan-perkataan yang baik kepada orang lain (berdakwah)
2. Mengingati perjuangan Hero kita iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Selepas selesai sahaja solat jumaat, ES berkesempatan melakukan eksperimen seterusnya. Kali ini pembaca bertuah bernama Abang Alif ini mengaku bahawa dia seorang yang tidak suka membaca. Katanya perkataan yang banyak dalam sesebuah karya atau novel membosankan, tidak seronok dan pelbagai lagi. ES pada mulanya bersetuju sahaja, kemudian perlahan-lahan ES mengeluarkan novel Eee... Sayur! dan menghulurkan kepada Abang Alif.

ES kemudian berdoa.

Kemudian apa yang terjadi?


1. Serius ... .



2. Masih serius ... .


3. Hmm ... macam seronok ... .


4. Hmm ... seronok juga. (muka surat 28)


5. Hehe ... ada resipi jus lobak. (muka surat 108)


6.  Entah apa yang disenyumkan.


7. Aduhh ... seronoknya ... .


8. Hahahahaha ... .

Sedikit sinopsis Eee... Sayur!

1. Ira tidak suka makan sayur dan fobia melihat sayur-sayuran.
2. Maya mempunyai persamaan dengan Ira dan sukakan makanan segera.
3. Wawa pula makan sayur kerana dipaksa oleh ibu bapanya.
4. Hanya Lalan yang suka makan sayur kerana tahu khasiat sayur-sayuran.

Kepada ibu bapa, pengusaha tadika, guru-guru dan sesiapa sahaja yang tidak suka makan sayur inilah jawapan kepada persoalan anda.

Segera hubungi kami untuk mendapatkan novel kesihatan pertama Galeri Ilmu.


Hubungi Azlan: 013 4561295 atau Resha Hamzah 019 2279396.

Hanya RM10.00

Untuk Adik-adik!


Pada hari semalam ES (Eee... Sayur!) menjalankan eksperimen pada dua orang pembaca ES, eksperimen dijalankan bertujuan untuk mengetahui EFEK yang berlaku kepada pembaca ES daripada sudut psikologi sehingga mereka benar-benar mendapat manfaat daripada novel ES.




1. Lihat adik-adik, pada kali pertama mendapat novel ES  pembaca membaca dengan serius seperti Pegawai Jakim sahaja lagaknya. Dia berkata, ada apa dengan novel ini? Sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Namun apabila sampai sahaja kepada muka surat yang ES tidak tahu (entah muka surat mana dia membacanya) mukanya sudah pun berubah. Sedikit demi sedikit. 


2. Akhirnya senyuman pada garis wajahnya yang serius mula berubah. Senyuman yg cukup untuk menggambarkan dirinya begitu terhibur. Katanya lukisan komik yang ada pada novel ES begitu cantik manakala dialognya tersangat bermanfaat. Kemudian adik-adik tahu apa yang terjadi? Pembaca ini terus sahaja membeli senaskah ES ini untuk disyorkan kepada kawan-kawannya pula.


Jom! mari kita lihat eksperimen yang lain pula.


1. Mula membaca ... serius ... .


2. Dibelek dengan laju ... .


3. Kembali serius ... .


4. Wajah sudah berubah ... .


5. Berubah 360 darjah ... !


6. Begitu teruja sehingga tidak lupa makan tengah hari ... ? ... (-_-')

Adik-adik, begitulah yang terjadi, perkara yang berlaku seterusnya kepada pembaca di atas tidak perlulah ES terangkan. Memang membaca novel ES memberi banyak manfaat kepada sesiapa yang tidak menyukai sayur-sayuran. Di dalam novel ES juga terdapat pelbagai resepi dan tip-tip bermanfaat untuk makan sayur secara unik dan tersendiri!

Apa lagi adik-adik? Cepat dapatkan novel ES!!!

Friday, March 2, 2012

Nama wataknya adalah IRA

Khas kepada pembaca Eee... Sayur!

Sayur! Sayur! Sayur!

Opppsss!

Kesilapan dalam novel Eee.. Sayur!

Adik-adik, terdapat kesilapan nama watak dalam novel Eee... Sayur! Kepada adik-adik yang keliru dengan nama wataknya iaitu sama ada Ira atau Iya. Nama wataknya yang sebenar adalah IRA.

1. Nama watak : IRA- BETUL

2. Nama watak : IYA- KURANG TEPAT (nama penuhnya ialah Nazirah, nama panggilan asal, Iya namun ditukar kepada Ira kerana bimbang pembaca keliru dengan situasi berikut:
"Ya, iyalah," Iya mengiyakan, walau ejaan yg betul ialah:
"Ya, yalah," Ira mengiakan, lebih senang, tidak tersyasyul ... =p, yale, yale! Istighfar!)

Kepada adik-adik yang tidak suka makan sayur, inilah novel yang perlu adik-adik miliki. Cepat suruh ibu dan bapa adik-adik dapatkannya di MPH atau kedai buku POPULAR.

Kemudian adik-adik bertanyalah kepada ibu dan bapa adik-adik sayur apakah yang selalu ibu dan bapa adik-adik beli di rumah? Apa itu sayur bayam ibu? Apa itu sayur sawi ibu? Bukan ibu sahaja, tanya juga ayah adik-adik. Biar dia peka akan nama sayuran serta khasiatnya. Barulah nanti keluarga kita sihat dan keluarga kita sentiasa cintakan alam hijau!

Tanyakan juga kepada ibu bapa adik-adik apa itu alam sekitar. Hehehe ... jika ibu atau bapa adik-adik tidak tahu jawapannya dengan tepat, adik-adik katalah seperti ini kepada mereka, "Jika ibu atau ayah tidak dapat pastikan jawapan yang tepat seperti yang saya nyatakan tadi, apa lagi? Jom beli novel Eee... Sayur!" Tamat cerita.

Baiklah adik-adik, jika ada sebarang komen atau cadangan jangan lupa e-mel pada ES ya!

Ini alamatnya: lastminuteblogspot@gmail.com

Sehingga berjumpa lagi. ES mahu makan sayur sebentar.

Eee....sayur!

Hehehe....
Kepada ibu bapa dan adik-adik semua, ES ada berita penting pada hari ini. Alhamdulillah novel kesihatan pertama Eee...sayur! sudah terbit. Terima kasih kepada pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd yang bersetuju untuk menerbitkan karya comel ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ES ucapkan kepada mereka yang bekerjasama dalam menyiapkan projek Eee..sayur ini. Akhirnya impian ES untuk meihat novel ini berada di kedai buku sudah tercapai. Adik-adik semua boleh membeli buku ini di sini. TENGOK DI BAWAH.

Ibu, ayah, saya mahu Eee...sayur!
Eee..sayur ada di dalam kedai ini.
Sekejap! sekejap! ada pembetulan dalam novel Eee..Sayur! maklumlah ini 'anak sulung' daripada ES, pastinya terdapat kelemahan dan kekurangan yang tidak dapat dielak. Maaf ya adik-adik semua.

Sebenarnya, kisah ini bermula begini. ES mengubah nama watak asal iaitu Iya kepada Ira, tetapi atas kesilapan pencetak novel, nama IRA tidak diletakkan mengganti IYA. Maka 'IYA' telah dikekalkan pada muka surat 5. Maaf ya adik-adik sepatutnya nama yang sebenar adalah dilema IRA. Pada muka surat 15 sepatutnya tajuknya adalah DILEMA IRA dan BUKANNYA DILEMA IYA. ES mohon maaf ya kepada semua pembaca yang keliru dengan nama watak yang sebenar.



Jangan lupa dapatkan ya adik-adik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...