Friday, June 29, 2012

Misi puasa Wafa - Sebuah cerpen


Wafa ada di Asuh

Esok bertarikh 1 Ramadan 1433 Hijriah. Semua wajah-wajah di dalam rumah kelihatan ceria. Hanya Wafa seorang yang terpinga-pinga. Dia masih kurang mengerti mengapa perlu gembira.


“Abi, mengapa kita mesti gembira jika esok bermulanya Ramadan?” tanya Wafa kepada abinya yang sedang menonton televisyen.

“Mestilah gembira. Bulan Ramadan banyak ganjarannya. Terutama bagi orang-orang yang berpuasa,” kata Encik Zainal sambil tersenyum.

“Wafa masih ingat apa maksud Ramadan?” soal Encik Zainal.

“Err..sudah lupa abi,” kata Wafa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba-hamba-Nya. Jika ibadah yang dilakukan ikhlas kerana Allah, kita akan mendapat ganjaran pahala serta syurga.

“Semua orang pasti gembira dengan kehadiran Ramadan. Kita tidak sabar ingin berlumba-lumba mengutip pelbagai ganjaran yang disediakan,” jelas Encik Zainal panjang lebar.

“Tetapi abi, kita tidak boleh makan dan minum di siang hari, lapar dan hausnya...” Wafa memegang lehernya dan menjelirkan lidah sambil menunjukkan aksi orang yang kehausan.

“Begitulah Allah ingin menguji kesabaran hamba-hamba-Nya sayang...menahan lapar dan dahaga itu adalah ibadah juga,” Puan Hamidah pula menyampuk.

“Jadi, esok Wafa pun kena puasa jugalah ya, ummi?”

“Mestilah...tetapi bukan sepeti tahun-tahun lepas lagi. Kali ini Wafa kena puasa penuh satu hari. Wafa pun dah berusia lapan tahun sekarang. Sudah besar...” Puan Hamidah mengenyitkan mata ke arah anak bongsunya itu.

Wafa memuncungkan bibirnya.

Puan Hamidah tersenyum melihat telatah Wafa yang manja.

Hari Pertama Puasa

Wafa terbaring di atas sofa sambil menonton rancangan kegemarannya, Haiwan Tauladan. Sesekali iklan makanan segera muncul. Wafa mula merasa lapar dan dahaga. Perutnya sudah mula berkeroncong. Wafa menjeling ke arah jam di dinding. Baru jam 11.30 pagi.

Wafa bingkas bangun menuju ke dapur.
“Ummi, Wafa puasa separuh hari saja ya,” rengek Wafa kepada Puan Hamidah yang sedang mengemas dapur.

“Sabarlah sayang...lagi separuh hari sahaja. Wafa tidurlah dahulu jika tidak tahan,” ujar umminya.

Wafa berjalan pula ke bilik kakaknya, Amni. Kelihatan Amni sedang membaca novel bertajuk Eee..Sayur.

“Kakak, mengapa kakak membaca buku sayur? Wafa rasa lapar hendak makan Coslow pula,” Wafa menyendengkan tubuhnya ke sebelah tubuh Amni.

“Hehe...ada-ada saja Wafa ini. Nanti masa berbuka bolehlah makan,” Amni tertawa kecil dengan kerenah adiknya.

Setelah bosan mengusik kakaknya, Wafa menuju pula ke bilik abangnya, Azmi. Azmi sedang bermain permainan video. Permainan itu pula tentang kepantasan menyediakan burger kepada pelanggan. Kelihatan seorang kartun lelaki sedang menyusun roti, keju, daging, timun, tomato dan salad supaya ia menjadi sebiji burger.

“Abang! Bukankah abang sedang berpuasa? Mana boleh bermain permainan yang menunjukkan makanan,” jerit kecil Wafa kepada Azmi.

Terkejut Azmi. Lantas dia menekan butang pause.

“Mengapa pula tidak boleh, Wafa? Bukannya kita makan makanan itu,” jawab Azmi sambil menarik Wafa ke atas ribanya.

“Mana boleh. Nanti kita jadi lapar. Silap-silap kita buka puasa,” kata Wafa lagi.

“Hehe...orang yang takut kepada Allah tidak akan berbuat begitu. Wafa pula?” balas Azmi sambil mencuit pipi gebu Wafa.

“Wafa pun takut Allah...” lembut sahaja tutur kata Wafa sambil kepalanya ditunduk perlahan.
“Bagusnya adik abang ini...” Azmi memuji Wafa supaya dia lebih bersemangat meneruskan puasanya. Wafa tersenyum lebar tanda bangga.

Tiba-tiba kedengaran bunyi sebuah muzik yang tidak asing lagi dari luar rumah.

Mat Kool, Mat Kool, kawanku...mari kita ikut, Mat Kool...main-main selalu...syoknya, syoknya ada Mat Kool...

Wafa mulai seperti cacing kepanasan. Bingkas Wafa bangun seperti ingin mengejar bas sekolah yang ingin meninggalkannya.

“Wafa, mahu kemana itu?” Azmi pantas menyoal.

“Itu! Pakcik penjual ais krim Mat Kool sudah datang. Wafa mahu beli aiskrim!”

“Eh, Bukankah Wafa sedang berpuasa? Tidak ingatkah?” kata Azmi lagi sambil menarik lengan Wafa.

“Alamak...” Wafa menepuk dahinya. Cepat benar dia terlupa. Ajaib benar penangan lagu tema ais krim Mat Kool itu pada dirinya.

Memang begitulah reaksi Wafa apabila melihat askrim. Aiskrim adalah makanan kesukaan Wafa.
Wafa kemudiannya cuba menghilangkan semua kenangannya pada aiskrim. Aiskrim coklat, strawbery, mangga dan sebagainya terngiang-ngiang di dalam otaknya.

“Lupakan!” Wafa kemudiannya berdoa supaya Allah melupakan makanan itu daripadanya sementara waktu.

Nikmat Berbuka Puasa

Akhirnya waktu ditunggu-tunggu pun tiba. Waktu Maghrib disambut dengan ceria oleh seluruh umat Islam. Encik Zainal, Puan Hamidah, Amni, Azmi dan Wafa sudah siap sedia mengelilingi juadah di meja makan.

 “Azmi, bacakan doa berbuka puasa ya,” Encik Zainal bersuara tatkala azan Maghrib mulai berkumandang.

“Baik abi. Allahumma lakasumna wabika amanna waa’la rizkika aftorna birohmatika ya arhamarrohimin...”


Semua mengusap wajah seusai doa dibaca. Wafa meluru pantas mencapai air soya cincau di hadapannya. Dia minum habis segelas dalam sekali harung sahaja.

Semua tersenyum memandang Wafa.

“Hari ini Wafa sudah berjaya berpuasa penuh. Jadi, ummi hadiahkan ais krim Mat Kool perisa coklat vanila kegemaran Wafa. Ummi beli tadi dan simpan di dalam peti sejuk,” kata Puan Hamidah.

“Haa, betulkah ummi? Yeayyyy!!! Terima kasih Ummi!” Wafa benar-benar gembira. Azamnya, mahu terus berpuasa lagi esok dan hari-hari seterusnya.

Bukan kerana ais krim Mat Kool sahaja, tetapi kerana Allah Taala.

Wednesday, June 27, 2012

Jom ke Pesta Buku Negeri Selangor 2012 sekarang!

Catatkan pada jadual anda sekarang!

Adik-adik, ibu bapa, guru-guru dan semua penggemar buku, ada berita hebat untuk anda. Cuba teka apakah berita yang hebat itu? adakah anda akan dikurniakan magik seperti boleh terbang? Adakah anda dikurniakan suatu kehidupan fantasi yang anda amat inginkan. Oh sayang! bukan itu kejutannya.

Haa...Pada Pesta Buku Negeri Selangor 2012 kali anda semua boleh berkenalan dan beramah mesra dengan penulis buku Eee..sayur! Ini betul-betul kejutan.

Jika anda bertuah, pada hari berlangsungnya pesta buku tersebut anda semua akan dapat mengecam wajah penulis yang hadir di sana. Ingat ya, pesta buku tersebut diadakan di SACC MALL Shah Alam.

Sebagai pendorong untuk anda ke sana terdapat pelbagai buku yang ditulis orang hebat dijual pada harga berpatutan. Orang putih kata dengan harga diskaun!


Antara buku yang akan dijual pada pesta buku kali ini ialah Aku terima nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Bersyukur saat diuji karya Profesor Muhd Kamil Ibrahim dan pelbagai lagi buku hebat yang 'bestseller'.

Apabila berada di sana anda pasti teruja, terkesima, terkejut dan pelbagai lagi aksi panik terkawal yang anda dapat rasai.

Baca di sini


Kepada remaja dan adik-adik kecil pula, jangan lupa untuk mendapatkan karya Khairi Tajudin iaitu Tariq United, Budak komik dan Budak U. Semuanya pada harga diskaun! Mahu tahu berapa tawaran diskaun yang diberi? Haa...datanglah ke gerai kami yang tercatat di atas itu.

Kepada anda semua, jangan lupa ajak keluarga, adik-beradik, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang anda kenali. Katakan kepada mereka bahawa Pesta Buku Negeri Selangor 2012 pada kali ini bukan sebarangan pesta. Ia adalah pesta memandaikan rakyat jelata! Huh! saya pula yang terlebih teruja!

Sepanjang pesta tersebut berlangsung anda boleh berkenalan dengan penulis:

1. Tuan Resha Hamzah dan Tuan Azlan Ismail- Penulis novel awal remaja Eee...sayur!


2. Tuan Hizamnuddin Awang atau Web Sutera- Penulis novel sejarah Macedonia: Alaxender Agung- Hijab Raja Zulkarnain.


3. Apabila sampai sahaja di gerai Galeri Ilmu P12 dan N44 nanti anda boleh bertanya kepada kami tentang teknik menulis, panduan penulisan dan pelbagai info terkini dunia buku.

Jangan lupa janji kita!

Super cerewet vs super kreatif


Adakah anak anda super cerewet? Kadang-kadang sukar untuk mengetahui sama ada anak anda suka makanan itu dan tidak suka makanan ini. Oleh itu amat penting supaya anda mengetahui apa yang mereka suka. Berikut adalah beberapa strategi yang amat berkesan supaya anak anda menyukai sayur-sayuran dan buah-buahan:

Saya amat cerewet!
1. Bakar buah-buahan atau sayur-sayuran ke dalam roti atau muffin dengan cepat. Kegemaran anak perempuan anda mungkin mufin epal-pisang. Manakala kegemaran anak lelaki anda mungkin muffin strawberi.

2. Membuat roti bersalut salad dan mayonis. Mungkin anak anda tidak menyukai salad. Apa kata anda dapatkan roti kemudian salutkan roti bersama mayonis dan salad tersebut. Jika anak anda suka roti bermakna mereka juga ‘suka’ salad.

3. Kacau beberapa lobak puri atau keledek ke dalam makaroni dan keju. Silap mata ini adalah untuk mengaburi anak anda supaya terpikat dengan warnanya. Katakan kepada mereka warna lobak puri ini begitu hebat! Warnanya seakan seperti jersi Negara Belanda!

4. Menawarkan buah-buahan kering. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak tidak akan makan anggur, tetapi mereka makan kismis. Kaedah ini dinamakan sebagai kaedah mudah alih. Sambil itu beritahu mereka supaya jangan terus telan kismis.

5. Bunyinya mungkin pelik, tetapi cuba menawarkan satu gigitan-bersaiz sedikit buah-buahan di atas piring dengan sendirinya. Anak saudara saya seolah-olah suka untuk makanan dipisahkan dan kelihatan kemas. Apabila anak anda makan sekeping pertama mangga yang didadu, letakkan lagi makanan itu. Pastinya anak anda tidak sedar bahawa sebiji buah sudah berjaya dihabiskan.

Beri pilihan kepada anak anda supaya mereka tidak cerewet

 Anda juga boleh menawarkan buah-buahan atau sayur-sayuran pada awal makan apabila anak anda lapar. Sebagai contoh iaitu pada awal pagi bangkitkan selera mereka sebelum ke sekolah atau bangun daripada tidur.

Ingat! Suatu hari nanti apabila anak anda sudah besar dan bekerja pasti mereka akan menghargai buah fikiran anda yang begitu kreatif dan baik sekali.

Selamat mencuba!!

Wednesday, June 20, 2012

Jenama dorong anak makan sayur


Guna cara kreatif pikat hati anak anda makan sayuran


Selalunya ibu bapa mendorong anak mereka makan sayur-sayuran menggunakan cara konvensional. Dengan cara itu mereka berharap anak mereka mula makan sayur. Tetapi sebenarnya tidak, malah anak mereka semakin menjauhi makanan tersebut.

Kebanyakan ibu bapa mengunakan teknik ancaman seperti, “ Amir, kamu perlu makan sayur dengan banyak, jika tidak susah mahu buang air besar nanti”. Tanpa disedari si Amir mula beranggapan bahawa ayahnya memberi kenyataan palsu.


Pada masa sekarang si anak lebih gemarkan makanan segera. Pada mereka makanan segera memenuhi keperluan, selera dan falsafah mereka yang berada dalam dunia dan media baru.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, terdapat banyak jenama makanan yang mahal-mahal harganya. Anak-anak orang berada suka kepada makanan segera.

Salah satu makanan yang dikenali jenamanya adalah KFC. Terdapat banyak iklan makanan segera tersebut yang menghiasi selera makan kanak-kanak sehingga mereka terpengaruh untuk mencubanya.

Salah satu akibat daripada pengaruh ini, kanak-kanak mula tidak menyukai sayur. Mereka sudah diasuh untuk menikmati makanan segera yakni lebih memikat hati mereka. Apa yang terlintas pada pemikiran mereka ialah ayam yang gemuk dan kentang yang sedap.

Sebaliknya iklan untuk memikat hati kanak-kanak terhadap amat sedikit. Kadang kala objektifnya tidak sampai dan tersasar daripada matlamat.
Makanan segera juga mengalami 'mutasi' perubahan

Di sebalik setiap satu makanan segera itu, ada teori, falsafah dan teknik untuk kegunaan ibu bapa. Banyak jenama makanan dalam bandar-bandar besar yang boleh kita pinjam dan gunakan, dengan kata lain kita gunakan teknik mempengaruhi anak-anak untuk makan sayur dengan jenama tersebut.

“Amir, di KFC, MCDONALD, BURGER KING dan sebagainya semuanya sedap-sedap, di dalam makanan tersebut ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang menyegarkan. Ayah rasa ayah perlu beli lebih banyak sayur-sayuran untuk keluarga kita”.

Teknik mempengaruhi kanak-kanak untuk menyukai sayur-sayuran perlu diubah. Ibu bapa perlu lebih kreatif dan mempelajari ciri-ciri psikologi apakah yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakan ke atas mereka.

Zaman berubah, iklan berubah tetapi sayur-sayuran dan buah-buahan tidak pernah berubah.


Pemikiran ibu bapa juga perlu berubah!



Tuesday, June 19, 2012

Kemboja dan peti sejuk

Jika anda ke Kemboja dan rasailah sendiri kehidupan bersama masyarakat kampung di sana. Pasti keterujaan melanda jiwa. Tatkala melihat keadaan rumah yang tidak sempurna seperti atap yang bocor dan lantai rumah yang mahu runtuh pasti anda berfikir bagaimana mereka menyediakan bahan memasak. Ya, mereka tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan makanan.

Jika mereka mempuyai wang, tomato merah atau salad yang dibeli di kedai terus sahaja menjadi ‘teman’ si kuali dan senduk.  Tidak perlu disimpan lama di dalam peti. Mereka aktif sekali memasak jika mempunyai ruang dan wang untuk menyediakannya.

Masyarakat kampung terutamanya orang Islam di sana menjalani kehidupan yang serba ringkas tetapi penuh rukun damai. Itulah kelebihan mereka. Ketawa bersama-sama, riang gembira dan penuh dengan cinta serta kasih sayang menghilang perasaan dukacita mereka terhadap kemewahan dunia. Motorsikal pun segelintir sahaja yang ada. Kaki adalah ‘pengangkutan’ setiap hari mereka.

Simpan buah-buahan dan sayuran di tempat yang betul
Tanpa mereka sedar sebenarnya mereka menjalani proses kehidupan yang penuh dengan nilai budaya. Hari ini kita perlu menjadi lebih budaya, lebih sihat dan lebih berdisiplin.

Mari kita lihat dan mempelajari bagaimana mahu menyimpan sayur-sayuran segar di dalam peti sejuk supaya dapat mengelakkan pembaziran.

1.      Zon lembap adalah bahagian bawah peti sejuk. Bahagian tersebut mempuyai persekitaran yang lembap untuk membantu menghasilkan kesegeran sayura-sayuran atau buah-buahan. Jika kelembapan terlalu tinggi bahan tersebut alan rosak.
2.      Zon sederhana terdapat pada bahagian rak tengah peti sejuk yakni lebih dekat dengan bahagian hadapan semasa membuka peti sejuk.
3.      Zon sejuk berada paling atas bahagian peti sejuk iaitu berada pada bahagian belakang. Suhunya boleh mencecah sehingga di bawah 34 darjah celcius.


Kaedah memeriksa dan menyimpan makanan supaya sentiasa segar sentiasa menjadi amalan keluarga yang mengamalkan kehidupan sihat. Berikut adalah strategi untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayuran:

1.      Periksa dengan teliti setiap sayur-sayuran untuk mencari tanda-tanda sayuran itu reput, rosak atau sebagainya. Seperti cendawan, anda boleh menyimpannya dalam beg kertas coklat dengan bahagian atas yang ditutup sedikit.
2.      Simpan terung, bawang dan sebagainya di bahagian atas rak. Semua bahan ini tidak sesuai diletakkan di dalam peti sejuk atau mana-mana tempat yang dingin.
3.      Letakkan epal di dalam beg bersama kentang dan simpannya di tempat yang sejuk, kering, ini dapat menjaga sayur atau buah tersebut daripada reput terlalu cepat.
4.      Masukkan sayur-sayuran berdaun hijau, seperti salad, sawi dan sebagainya ke dalam beg plastik dan letakkan tuala kertas(tisu) yang lembap dalam beg untuk mengekalkan kesegarannya serta menyerap lembapan yang berlebihan.

Manfaatkan tempat simpanan dengan kuasa optimum

 Antara sayur-sayuran yang perlu menggunakan peti sejuk:

1.      Kobis bunga, brokoli- letakkannya di dalam beg plastik kemudian barulah simpan bahan tersebut ke dalam peti sejuk. Bahan ini tahan di dalam peti sejuk selama lima hari. Kubis yang tidak dibasuh dan dibungkus dalam plastik tahan selama 10 hari di dalam peti sejuk.
2.      Timun, kacang elok disimpan dalam peti sejuk dengan bungkusan plastik.

Sayur-sayuran yang tidak menggunakan peti sejuk:

1.      Jagung- Perlu cepat dimasak. Jika mahu juga menyimpannya boleh celurkan jagung selama dua minit dan sejukkannya dengan air sejuk kemudian dibungkus untuk simpanan di dalam peti sejuk. Kesegarannya adalah dua atau tiga hari.
2.      Simpan tomato pada suhu bilik dan jauh daripada pancaran cahaya matahari. Tomato yang sudah dihiris sesuai untuk simpanan peti sejuk setelah dibungkus dengan plastik.
3.      Bawang- Bakul tergantung adalah sesuai untuk bawang, manakala tempat yang gelap terbaik untuk bawang putih.






Sunday, June 17, 2012

Teknik masak ayam panggang pada hujung minggu


Aktiviti memanggang ayam atau daging boleh menjadi keseronokan, aktiviti keluarga pada hujung minggu. Menghabiskan petang anda di belakang rumah dan mengambil beberapa ketul ayam untuk ‘digrill’pada waktu petang atau malam semestinya suatu aktiviti yang menyenangkan.

Belajar bagaimana untuk ‘grill’ tidak sukar seperti anda lihat di kaca televisyen. Apa yang anda perlukan adalah suhu yang sesuai untuk ‘grill’ anda terutamanya jika anda menggunakan grill elektrik. Namun begitu, jika anda mempunyai alat memasak grill konvensional, cubalah mencari kayu kering atau arang.

Menyalakan arang atau kayu dengan meletakkan kertas renyuk di bawah setiap arang batu dan kemudian meletakkan kertas terbakar. Jangan tuang petrol pada kayu arang atau kering. Asap yang datang dari arang akan memberi aroma seperti petrol daging panggang anda. Ini adalah senjata terbaik anda dalam memanggang.

Ayam panggang sesuai dimasak pada hujung minggu bersama keluarga
Pilih bahagian terbaik ayam. Saya biasanya menggunakan paha dan kaki ayam kerana ianya adalah bahagian lemak ayam. Bahagian ini akan menghasilkan banyak airnya, ayam barbeku. Walaupun mungkin ini kedengaran tidak sihat, rasanya sangat lazat. Ada yang lebih suka memanggang dada ayam dengan kulit pada. Bahagian yang banyak airnya.

Sebelum anda mula memanggang ayam , jangan lupa untuk perap mereka sekurang-kurangnya semalaman. Ya, dalam sekelip mata. Ini adalah kerana, dengan memerap daging anda, penyerapan yang lebih baik berlaku. Saya lebih suka untuk menggunakan marinades yakni perasa yang disimpan di dalam peti sejuk kerana ia menjimatkan masa persediaan yang banyak di dapur.

Kelemahan kebanyakan marinades/ perasa kandungan natriumnya tinggi. Tetapi jika anda mempunyai masa, anda boleh membuat perapan anda sendiri dari awal. Dalam resipi di bawah, perapan dan ayam simmered bersama-sama untuk mempercepatkan proses memanggang dan juga untuk membiarkan perisa bersatu bersama-sama. Saya suka marinades Asia gaya seperti ini:

Bagi setiap kilo ayam:

  1. ½ cawan sos soya cair (boleh didapati di kedai runcit)
  2. 2-3 sudu besar lemon diperah segar atau jus limau
  3. 4 sudu besar gula perang
  4. 1 sederhana tangkai serai (ditumbuk)
  5. 3 ulas dihancurkan bawang putih
  6. 1 sudu teh minyak bijan (pilihan)



Campurkan kesemua bahan di atas dalam kuali berat dan biarkan ia mendidih selama dua minit. Masukkan ayam dan renehkan selama lima minit. Toskan ayam di dalam penapis dan rizabkan perapan untuk renjisan semasa memanggang. Renjisan adalah perlu supaya ayam tidak akan kering.

Perapan juga boleh dibuat sebagai sos dengan membuat kuah asas. Ini hanya dilakukan dengan meletakkan satu sudu mentega di atas kuali non-stick dan biarkan ia masak selama beberapa minit. Curahkanlah di atas perapan dan pukul sehingga sebati. Rasai sos dengan lidah dan sesuaikan perasa sewajarnya.

Anda juga boleh memilih untuk membuat yang kering, gosokkan perapan. Sapu kering ini terdiri daripada herba dan rempah dan minyak sedikit. Untuk ayam, tarragon dan rosemary kering atau segar digabungkan dengan baik. Jika anda ingin pedaskan ayam panggang, tambah secubit serbuk cili dan lada cayenne . Terdapat marinades tiada had bagi ayam panggang. Sedikit imaginasi dan kreativiti adalah tekniknya.

Pastikan bahawa apabila memanggang ayam, tidak pernah biarkan api membara. Ini akan menyebabkan ayam terbakar dan hangit. Akibatnya mata akan pedih berair. Jika ini berlaku, taburkan sedikit air perapan di atas api. Ini kaedah jika anda menggunakan cara konvensioanal.

Secara peribadi, saya suka ayam panggang cara konvensioanal. Terasa asap dan aroma lebih harum dan mempesokan. Jika memanggangnya di tepi air terjun atau tempat perkelahan alangkah syoknya. Makanan panggang terbaik dihidangkan panas. Lebih baik lagi jika anda makan bersama sayur-sayuran kegemaran anda. Cubalah makan ayam panggang dengan ulam-ulaman seperti kacang botol, bayam, timun dan sebagainya.

Hidangkannya bersama sayur-sayuran segar. Selamat mencuba!

Saturday, June 16, 2012

Resipi jus lobak merah terbongkar!

Ajar diri dan anak anda makan lobak dengan teknik kreatif

Apabila anda pergi ke pasar atau ke kedai runcit pasti anda akan terlihat sejenis sayuran yang berwarna merah. Tahukah anda lobak dikelaskan sebagai sayuran? Ya, dengan kandungan airnya yang banyak pada ubinya lobak adalah sejenis sayuran yang banyak digunakan oleh manusia. Kegunaan lobak termasuklah acar timun yang popular semasa mengadakan kenduri kahwin, membuat kek lobak, air lobak dan sebagainya.

Kelebihan lobak adalah:
  1. Baik untuk mata yakni mempunyai khasiat vitamin A
  2. Membina pigmen mata yang sihat untuk berfungsi pada waktu malam
  3. Melancarkan perjalanan haid dan air kencing
  4. Mempunyai khasiat betakaroten yang kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral
Sebagai bukti menunjukkan lobak merah dijadikan suatu resipi yang baik untuk kesihatan, blog renungalam mendedahkan rahsia Dato Siti Nurhaliza kelihatan muda dan cantik jeita. Beliau sentiasa mengamalkan pengambilan jus lebak merah dan jus epal. Hebat bukan?

Jus lobak adalah minuman kegemaran saya!

Jadi apa salahnya anda dan anak anda mencubanya.

Ini adalah resepi rahsia untuk memudahkan kita makan sayur sayuran.

Resepi jus lobak merah

Bahan-bahannya:
  • Lobak merah
  • Susu pekat
  • Segelas air
  • Sedikit gula
  • Air
Cara-caranya:
  • Basuh lobak merah
  • Hiris kecil-kecil
  • Kisar lobak dengan mesin pengisar bersama segelas air dan sedikit gula
  • Tapis air tersebu di dalam gelas
  • Tambah susu pekat manis
  • Kacau dengan sudu
  • Masukkan tiub ais
Cubalah resipi jus lobak merah hari ini...
Siap untuk diminum!

Wednesday, June 13, 2012

Hello Kitty & Hello Anak-anak Ayah!

Langsung tiada kena mengena dengan Hello Kitty seperti dalam gambar artikel sebelum ini, tapi saya mahu cerita pasal novel Hello, Anak-anak Ayah!

Bagi kamu yg tidak pernah dengar berkenaan novel ini, di bawah ialah gambar kulit depan novel yg pertama:
Mesti ada yg tertanya-tanya, novel yg pertama? Ya, pasal buku ini dah ada pun sekuelnya. Ini dia:


Okey, saya suka kedua-dua novel ini kerana isinya yg tidak terikat antara satu bab dengan bab yg lain. Begini, buku ini menceritakan mengenai kerenah lima beradik bersama ibu mereka sewaktu bapa mereka bertugas di perbatasan.  Setiap bab ditulis sebagai episod kerana kita boleh baca tanpa perlu ikut turutan bab. Boleh baca mana-mana dahulu. Penulis dalam perancangan untuk menulis buku yg ketiga insya-Allah. Sementara itu, boleh dapatkan buku berikut dahulu:

Kesemua buku ini berharga hanya RM10.00 setiap satu, sama harga dengan buku Eee... Sayur! Jika buku Eee... Sayur! sesuai untuk mendidik adik-adik minat makan sayur sedari kecil, buku Hello, Anak-anak Ayah! 1 dan 2 pula sesuai untuk mendidik adik-adik menghormati ibu bapa, saudara mara dan jiran tetangga. Buku Mencari Amira seperti yg tertera pada ayat ringkasnya, Kerana Dikau Sahabatku menitikberatkan tema persahabatan sebagai latar cerita. Sememangnya teman, kawan, sahabat amat memainkan peranan penting dalam membentuk diri adik-adik yg meningkat remaja.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkannya secara online dengan klik iklan iqramall di sebelah kanan blog ini. Dijamin bermanfaat bi iznillah!

Thursday, June 7, 2012

Mendorong anak makan sayur-sayuran



Apa yang ada pada pemikiran kanak-kanak dan hati mereka itu besar pengaruhnya ke atas kemampuan diri mereka yang sebenar. Salah satu daripada perkara-perkara itu adalah kepercayaan. Di sini kepercayaan bukan terbatas kepada hal-hal yang agama sahaja.

Apabila kanak-kanak percaya pada suatu perkara, perkara tersebut adalah kepercayaannya. Sebagai contoh, kanak-kanak itu mungkin percaya dirinya tidak hebat berpidato seperti rakan sekelasnya, maka itu adalah apa yang dipercayainya. Contoh lainnya, dia percaya bahawa makanan yang berjenis sayur-sayuran tidak sedap dan menggelikan, maka itu juga menjadi asas kuat tentang apa yang dia percaya.

Setiap kanak-kanak mempunyai beratus-ratus, malah sejuta kepercayaan. Katakan, kanak-kanak itu percaya dia tidak dapat memiliki ramai kawan kerana prestasinya yang lemah dalam pelajaran. Maksudnya, kanak-kanak ini mempunyai kepercayaan, hanya dengan prestasi yang cemerlang sahaja boleh menyebabkannya mempunyai ramai rakan.

Sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi kepercayaan adalah tepat dan membawa banyak kebaikan kepada diri kanak-kanak. Tetapi, tanpa disedari sebahagian daripada apa dipercayainya itu tidak tepat dan salah lalu membahayakan dirinya.

Banyak antara kepercayaan kanak-kanak itu merosakkan sumber semangat dan spiritualnya. Sebahagian daripada kepercayaan yang berbahaya itu adalah berkenaan diri kanak-kanak tersebut, seperti:

Ajar anak anda makan sayur dengan strategi kreatif

       “Saya tidak pandai bercakap dengan teratur”


        “Saya tidak cantik" 


"      "Saya lemah matapelajaran Bahasa Inggeris"

              “Saya tidak boleh makan sayur”

             “Saya tidak layak menjadi ketua dalam kumpulan”

  Sebahagian daripada kepercayaan berbahaya itu adalah berkenaan kanak-kanak lain, contohnya:

            “Cikgu suka semua pelajar kecuali saya” 

           “Kawan-kawan tidak mahu membantu saya dalam pelajaran”

          “Kawan-kawan saya semua jahat-jahat belaka”

          “Cikgu hanya suka pada pelajar yang pandai sahaja”

       "Semua cikgu yang mengajar di sekolah membosankan”

Sebahagian daripada kepercayaan itu adalah berkenaan perhubungan dengan rakan-rakan atau kanak-kanak yang lain, umpamanya:

           “Mereka mahu berkawan dengan saya kerana saya pelajar pandai”

          “Mereka semua mementingkan diri sendiri sahaja”

          “Mereka tidak suka saya walaupun saya sudah menunjukkan sikap yang baik”

          “Saya sahaja yang pandai, mereka semua itu bodoh”

          “Mereka tidak mahu berkawan dengan saya kerana saya suka makan sayur”

Kepercayaan seperti di atas adalah tidak logik dan apabila kanak-kanak itu terus percaya kepadanya, kesan ke atas masa hadapannya amat serius.

Sebagai pendorong, ibu bapa, guru-guru mahupun orang awam perlu membantu kanak-kanak membuang kepercayaan-kepercayaan mereka yang salah dan negatif serta menggantikan dengan kepercayaan-kepercayaan yang betul dan amat positif.

Ibu bapa perlu memberitahu anak mereka supaya jangan berkata, “Ibu, saya tidak suka makan sayur-sayuran kerana rasanya tidak sedap.” Nyatakan kata-katanya itu tidak benar. Katakan kepada anak-anak itu memang ada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur, tetapi semua kanak-kanak di dunia ini perlu makan sayur. Semua orang boleh untuk tidak suka sayur, tetapi mereka perlu makan sayur.

Ibu bapa, guru-guru dan orang awam perlu menanamkan kepercayaan-kepercayaan yang betul dan realistik ke dalam sanubari anak-anak bagi menggantikan kepercayaan-kepercayaan mereka yang salah dan tidak realistik.


Selalu ulangkan kepada anak-anak setiap sayur-sayuran ada keistimewaan. Tidak ada sayuran yang dijadikan Tuhan tidak bagus dan tidak sedap dimakan. Tidak ada orang yang lahirnya adalah untuk menjadi bodoh kecuali mereka dilahirkan dengan kecacatan anggota. Yang ramai di dunia ini adalah mereka yang tidak mahu makan sayur dan mereka yang tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh.

Perkara itu menjadi kepercayaan apabila ia selalu diulang-ulangkan. Strategi ini disebut kesan mantera kerana salah satu ciri mantera adalah pengulangan. Sebagai contoh, kerana kaum Quraisy selalu mendengar perkataan-perkataan bahawa Khalid Bin Walid adalah panglima perang yang tidak mampu ditewaskan dalam peperangan, mereka percaya bahawa beliau dan tentera Islam yang lain tidak dapat ditewaskan.

Dengan mengulang ayat-ayat yang sama anak-anak akan menjadikan perkara itu asas kuat kepada diri mereka untuk mendorong diri sendiri makan sayur-sayuran.




Wednesday, June 6, 2012

Makanlah sayur-sayuran

Makanlah sayur-sayuran. Mari kita sihatkan badan. Ini strategi atau panduan kepada ibu bapa untuk menarik minat anak-anak yang tidak suka makan sayur.


Jom dengar lagu ini untuk kita meransang minda kita untuk lihat sayur, makan sayur, suka sayur dan beli sayur.

Dapatkan di MPH, POPULAR atau kedai berdekatan
Jika anak-anak anda tidak juga suka mahu dengar lagu ini kerana tidak faham dan sebagainya sila beli buku yang kami rekomenkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...