Dengar sahaja
gamat pasti kita terbayang struktur badannya yang lembut. Ada juga yang geli
dengan hidupan laut tersebut. Namun tahukah anda kelebihan gamat?
Pesanan: Apabila
kita luka, tidak pula kita geli menyapu minyak gamat pada luka bukan?
Gamat atau timun
laut adalah haiwan yang tidak mempunyai tulang namun mempunyai kuasa
penyembuhan yang mengkagumkan. Gamat atau nama saintifiknya Stichopus
merupakan spesis timun laut yang mempunyai pelbagai kelebihan daripada
sudut perubatan tradisional atau moden.
Gamat berbentuk
silinder, leper pada bahagian perut dan mempunyai bukaan pada bahagian anterior
dan posterior. Tekstur kulitnya licin dan juga bergerutu.
Khasiat Gamat
![]() |
Jadikan gamat sebagai resepi sihat |
Gamat mempunyai
cecair gizi yang mengandungi karbohidrat, asid lemak, serta komponen-komponen
lain termasuk asid amino, kolagen, Vitamin E, zat-zat galian seperti ferum,
magnesium, kromium, kobalt, potassium, sodium, fosforus, kadmium, dan zink.
Bahan bioaktif
dalam gamat bertindak sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan
sel dan tisu badan, manakala kolagen yang terkandung dalam gamat juga
dipercayai dapat membantu memperlahankan proses degenerasi sel sekaligus
melambatkan proses penuaan.
Selain itu gamat
juga berkesan dalam
1.
Meningkatkan
kesihatan badan
2.
Mempercepatkan
penyembuhan luka luaran dan dalaman
3.
Menghindari
masalah alahan dan lelah
4.
Mengatasi
masalah resdung
5.
Buasir
dalam dan luar
6.
Mencantikkan
kulit serta awet muda
7.
Meningkatkan
metabolisma badan
8.
Mengurangkan
keletihan
9.
Menghindari
sembelit, melegakan migrain
10.
Serta
mengawal kencing manis dan kolesterol
TAHUKAH ANDA?
Masyarakat
Taiwan lebih gemar memakan daging gamat!
khasiat gamat memang sangat hebat. saya suka minyak gamat dan jeli gamat luxor. :)
ReplyDeletekhasiat gamat memang terbaik...
ReplyDeletemacam mana nak dapat jeli gamat tu?
Anda ingin mencari produk gamat LUXOR? Just pm saya 012-4879571 (fira)
ReplyDeletemcm mana cara nak basuh dan masak gamat ni?
ReplyDeleteAsasnya mesti tahu iaitu basuh dgn air & masak dgn api....yg lain2 sila google..tentu boleh dapat resepi2 lazat ..
Delete