Tuesday, February 5, 2013

Resepi Sihat Dengan Gamat


Dengar sahaja gamat pasti kita terbayang struktur badannya yang lembut. Ada juga yang geli dengan hidupan laut tersebut. Namun tahukah anda kelebihan gamat?

Pesanan: Apabila kita luka, tidak pula kita geli menyapu minyak gamat pada luka bukan?

Gamat atau timun laut adalah haiwan yang tidak mempunyai tulang namun mempunyai kuasa penyembuhan yang mengkagumkan. Gamat atau nama saintifiknya Stichopus merupakan spesis timun laut yang mempunyai pelbagai kelebihan daripada sudut perubatan tradisional atau moden.

Gamat berbentuk silinder, leper pada bahagian perut dan mempunyai bukaan pada bahagian anterior dan posterior. Tekstur kulitnya licin dan juga bergerutu.

Khasiat Gamat
Jadikan gamat sebagai resepi sihat

Gamat mempunyai cecair gizi yang mengandungi karbohidrat, asid lemak, serta komponen-komponen lain termasuk asid amino, kolagen, Vitamin E, zat-zat galian seperti ferum, magnesium, kromium, kobalt, potassium, sodium, fosforus, kadmium, dan zink.

Bahan bioaktif dalam gamat bertindak sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu badan, manakala kolagen yang terkandung dalam gamat juga dipercayai dapat membantu memperlahankan proses degenerasi sel sekaligus melambatkan proses penuaan.

Selain itu gamat juga berkesan dalam

1.      Meningkatkan kesihatan badan
2.      Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
3.      Menghindari masalah alahan dan lelah
4.      Mengatasi masalah resdung
5.      Buasir dalam dan luar
6.      Mencantikkan kulit serta awet muda
7.      Meningkatkan metabolisma badan
8.      Mengurangkan keletihan
9.      Menghindari sembelit, melegakan migrain
10.  Serta mengawal kencing manis dan kolesterol

TAHUKAH ANDA?

Masyarakat Taiwan lebih gemar memakan daging gamat!



5 comments:

  1. khasiat gamat memang sangat hebat. saya suka minyak gamat dan jeli gamat luxor. :)

    ReplyDelete
  2. khasiat gamat memang terbaik...

    macam mana nak dapat jeli gamat tu?

    ReplyDelete
  3. Anda ingin mencari produk gamat LUXOR? Just pm saya 012-4879571 (fira)

    ReplyDelete
  4. mcm mana cara nak basuh dan masak gamat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasnya mesti tahu iaitu basuh dgn air & masak dgn api....yg lain2 sila google..tentu boleh dapat resepi2 lazat ..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...