Awal entri ini wajiblah dulu sekiranya kami memperkenalkan diri kami dahulu. SALAH PARKING. Itulah singkatan nama kami. Aku bernama SALAH dan sahabat di sebelah kiri aku bernama PARKING.
Kami ada nama kami sendiri yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa kami. Bukan bermakna kami ini anti kepada nama sebenar atau menolak sistem ejaan nama yang berada pada surat beranak kami. Namun bukan pula beerti kami tersalah parking apabila dilahirkan di planet bernama BUMI.
Apakah itu SALAH PARKING?
Bagaimana konsep salah parking terhasil. Ya, akan kami kisahkan cerita ini. Seringkali aku sebagai wartawan dan PARKING sebagai editor melihat banyak kesalahan yang diletakkan kepada tempat yang tidak bersalah. Maknanya sesuatu perkara itu tidak sepatutnya berlaku tetapi mengapa manusia melakukannya juga?
Jadi setiap hari konsep SALAH PARKING menjadi sesuatu yang kelihatan benar walaupun salah.
Mudahnya, meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya adalah MAZHAB kepada blog SALAH PARKING.
Jadi? Apakah yang kami akan dedahkan pada blog SALAH PARKING ini? Kami akan catatkan apa sahaja kisah perjalanan yang mengisahkan tentang SALAH PARKING. Berkenaan apa yang dilakukan manusia namun sering disalah parkingkan.
ENTRI SETERUSNYA, LEBIH RINCI BERKENAAN KONSEP.
No comments:
Post a Comment