Sebetulnya, KEBANYAKAN KITA memang selalu meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya. Saya dahulunya melihat perkataan zalim itu hanya kepada seorang yang kejam seperti pemerintah yg berkuku besi dan mereka yg menindas orang lain. Rupanya, itu hanyalah sebahagian daripada definisi zalim.
Istilah lain, ‘tak kena tempat’ adalah juga kerabat zalim. Kami memanggil zalim dengan panggilan SALAH PARKING kerana lebih senang untuk difahami, mungkin. Justeru, fenomena SALAH PARKING ini kami kaitkan dengan perilaku kita yg terkadang sedar atau tidak menzalimi pihak yg kita berhubungan, tidak kiralah sama ada pihak itu manusia (ORANG LAIN DLL), benda bernyawa (KUCING, JIRAN SEBELAH DSB), objek mati (MASA, DUIT SYILING ETC) hatta diri kita sendiri (YA).
Tamingnya, amalkan:
:"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan ENGKAU.
Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
Wallahu’alam.
ENTRI SETERUSNYA, INSYA-ALLAH PALING SALAH DALAM 3 ATAU 4 HARI SEKALI.
No comments:
Post a Comment