Saturday, March 19, 2011

Salah parking nuklear


Kalau ini berlaku di Jepun
tidak mustahil akan berlaku di Malaysia
tidak percaya?

Baca ini dulu

Kajian penilaian tenaga nuklear akan diteruskan- Malaysiakini

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia akan terus menerima tender daripada syarikat-syarikat untuk kajian penilaian terhadap loji tenaga nuklear yang dicadangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut. Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.


nota:
hari ini aku ditimpa penyakit demam selsema
aku mahu tahu bahan radioaktifkah yang menyerang diri aku
aku cuba-cuba keluar tingkap
aku melihat awan biru
tiada asap kilang
tiada asap apa pun
yang ada cuma asap kenderaan
lalu aku berpesan pada awan biru
jangan zalim
jangan salah parking!






 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...