Pendapat salah seorang bekas pelajar SMK (A) Kuala Abang, Dungun, Terengganu, Nan Nor Nuha bt Long Muhammad Azahari, apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk tinggal di asrama apabila memasuki sekolah menengah:
· 6 tahun di sekolah rendah, berulang-alik dari rumah ke sekolah, saya menginginkan kelainan dan pastinya tinggal di asrama dapat memberi kelainan tersebut.
· Saya ingin merasa tinggal berjauhan dari keluarga dan hidup dikelilingi hanya rakan-rakan.
· Merasakan dengan memilih untuk tinggal di asrama dapat membantu saya meningkatkan kualiti diri, berdisiplin tinggi dan lebih mematuhi masa.
· Ingin berdikari. Tinggal di asrama menyebabkan saya perlu membuat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa seperti membasuh dan menggosok baju.
· Terfikir bahawa tinggal di asrama akan memberi ruang masa yang banyak kepada saya untuk belajar berbanding di rumah yang banyak gangguan seperti televisyen, komputer, kerenah adik-adik dan sebagainya.
RA: FARAH FAUZI
lebih kurang sama dengan sebab budak lelaki hendak masuk ke asrama. (terutama point ke-2)
ReplyDeleteatau, ada pendapat berbeza?
wallahua'lam ...
ReplyDeleteada tambahan?