Friday, March 2, 2012

Nama wataknya adalah IRA

Khas kepada pembaca Eee... Sayur!

Sayur! Sayur! Sayur!

Opppsss!

Kesilapan dalam novel Eee.. Sayur!

Adik-adik, terdapat kesilapan nama watak dalam novel Eee... Sayur! Kepada adik-adik yang keliru dengan nama wataknya iaitu sama ada Ira atau Iya. Nama wataknya yang sebenar adalah IRA.

1. Nama watak : IRA- BETUL

2. Nama watak : IYA- KURANG TEPAT (nama penuhnya ialah Nazirah, nama panggilan asal, Iya namun ditukar kepada Ira kerana bimbang pembaca keliru dengan situasi berikut:
"Ya, iyalah," Iya mengiyakan, walau ejaan yg betul ialah:
"Ya, yalah," Ira mengiakan, lebih senang, tidak tersyasyul ... =p, yale, yale! Istighfar!)

Kepada adik-adik yang tidak suka makan sayur, inilah novel yang perlu adik-adik miliki. Cepat suruh ibu dan bapa adik-adik dapatkannya di MPH atau kedai buku POPULAR.

Kemudian adik-adik bertanyalah kepada ibu dan bapa adik-adik sayur apakah yang selalu ibu dan bapa adik-adik beli di rumah? Apa itu sayur bayam ibu? Apa itu sayur sawi ibu? Bukan ibu sahaja, tanya juga ayah adik-adik. Biar dia peka akan nama sayuran serta khasiatnya. Barulah nanti keluarga kita sihat dan keluarga kita sentiasa cintakan alam hijau!

Tanyakan juga kepada ibu bapa adik-adik apa itu alam sekitar. Hehehe ... jika ibu atau bapa adik-adik tidak tahu jawapannya dengan tepat, adik-adik katalah seperti ini kepada mereka, "Jika ibu atau ayah tidak dapat pastikan jawapan yang tepat seperti yang saya nyatakan tadi, apa lagi? Jom beli novel Eee... Sayur!" Tamat cerita.

Baiklah adik-adik, jika ada sebarang komen atau cadangan jangan lupa e-mel pada ES ya!

Ini alamatnya: lastminuteblogspot@gmail.com

Sehingga berjumpa lagi. ES mahu makan sayur sebentar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...