Assalamualaikum semua =)
Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan rezeki daripada Allah yang Maha Hebat.
Semasa solat jumaat tadi ES amat terharu dengan pengisian khutbah yang disampaikan oleh imam Masjid Sahabah itu. Jika tidak silap ES imam muda itu bernama Ustaz Yusof.
Terdapat dua objektif penyampaian yang sempat ES rekodkan:
1. Kepentingan kita menyampaikan perkataan-perkataan yang baik kepada orang lain (berdakwah)
2. Mengingati perjuangan Hero kita iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Selepas selesai sahaja solat jumaat, ES berkesempatan melakukan eksperimen seterusnya. Kali ini pembaca bertuah bernama Abang Alif ini mengaku bahawa dia seorang yang tidak suka membaca. Katanya perkataan yang banyak dalam sesebuah karya atau novel membosankan, tidak seronok dan pelbagai lagi. ES pada mulanya bersetuju sahaja, kemudian perlahan-lahan ES mengeluarkan novel Eee... Sayur! dan menghulurkan kepada Abang Alif.
ES kemudian berdoa.
Kemudian apa yang terjadi?
1. Serius ... .
2. Masih serius ... .
3. Hmm ... macam seronok ... .
4. Hmm ... seronok juga. (muka surat 28)
5. Hehe ... ada resipi jus lobak. (muka surat 108)
6. Entah apa yang disenyumkan.
7. Aduhh ... seronoknya ... .
8. Hahahahaha ... .
Sedikit sinopsis Eee... Sayur!
1. Ira tidak suka makan sayur dan fobia melihat sayur-sayuran.
2. Maya mempunyai persamaan dengan Ira dan sukakan makanan segera.
3. Wawa pula makan sayur kerana dipaksa oleh ibu bapanya.
4. Hanya Lalan yang suka makan sayur kerana tahu khasiat sayur-sayuran.
Kepada ibu bapa, pengusaha tadika, guru-guru dan sesiapa sahaja yang tidak suka makan sayur inilah jawapan kepada persoalan anda.
Segera hubungi kami untuk mendapatkan novel kesihatan pertama Galeri Ilmu.
Hubungi Azlan: 013 4561295 atau Resha Hamzah 019 2279396.
Hanya RM10.00
No comments:
Post a Comment