Friday, March 2, 2012

Eee....sayur!

Hehehe....
Kepada ibu bapa dan adik-adik semua, ES ada berita penting pada hari ini. Alhamdulillah novel kesihatan pertama Eee...sayur! sudah terbit. Terima kasih kepada pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd yang bersetuju untuk menerbitkan karya comel ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ES ucapkan kepada mereka yang bekerjasama dalam menyiapkan projek Eee..sayur ini. Akhirnya impian ES untuk meihat novel ini berada di kedai buku sudah tercapai. Adik-adik semua boleh membeli buku ini di sini. TENGOK DI BAWAH.

Ibu, ayah, saya mahu Eee...sayur!
Eee..sayur ada di dalam kedai ini.
Sekejap! sekejap! ada pembetulan dalam novel Eee..Sayur! maklumlah ini 'anak sulung' daripada ES, pastinya terdapat kelemahan dan kekurangan yang tidak dapat dielak. Maaf ya adik-adik semua.

Sebenarnya, kisah ini bermula begini. ES mengubah nama watak asal iaitu Iya kepada Ira, tetapi atas kesilapan pencetak novel, nama IRA tidak diletakkan mengganti IYA. Maka 'IYA' telah dikekalkan pada muka surat 5. Maaf ya adik-adik sepatutnya nama yang sebenar adalah dilema IRA. Pada muka surat 15 sepatutnya tajuknya adalah DILEMA IRA dan BUKANNYA DILEMA IYA. ES mohon maaf ya kepada semua pembaca yang keliru dengan nama watak yang sebenar.



Jangan lupa dapatkan ya adik-adik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...