Tuesday, July 3, 2012

Puan Juwita Awas dan Encik Kassim Tak Selamat


Amalkan teknik pegang pisau dengan betul


Pernahkah kita terhiris tangan sehingga berdarah sewaktu memotong bahan masakan di dapur? Adakah kerana kecuaian kita memegang pisau atau adakah kerana pisau yang digunakan tidak sesuai untuk memotong?

“Abang! Saya terhiris tangan sewaktu memotong lobak merah di dapur tadi,” adu Puan Juwita Awas kepada suaminya En. Kassim Tak Selamat.

“Itulah, sudah abang berkali-kali berkata, jangan potong buah-buahan dengan teknik salah nanti kamu tidak selamat,” kata En Kassim Tak Selamat kepada isteri yang dicintainya.

“Mulai hari ini kita makan sahajalah di luar. Sudah berkali-kali saya terhiris tangan kiri dan tangan kanan,” kata Puan Juwita Selamat sambil menunjukkan parut yang sudah sebati di tangannya.

Lalu bermulalah episod Puan Juwita Awas dan Encik Kassim Tak Selamat yang tidak pernah makan di rumah.

Sekian drama tersebut menutup kisah yang terkisah.

Jadi?

Terdapat banyak orang memotong bahan makanan mereka dengan cara yang salah. Sebagai contoh mereka memotong sayur-sayuran sehingga tidak ada rupa seperti sayuran, terpotong kecil dan ada juga terpotong besar.

Banyak juga suri rumah yang merajuk tidak mahu memasak lagi kerana selalu sahaja tangannya meninggalkan kesan parut sehingga suami merungut kerana selalu sahaja makan di luar.

Pada hari ini kita akan belajar cara-cara memotong lobak merah dengan betul. Justeru, tidak ada lagi ruang dan peluang untuk kita makan di luar.


Gunakan tangan kanan sewaktu memotong bahan masakan


Tips potong lobak merah dan bahan makanan yang sesuai dengan teknik yang betul:

1.       Untuk mendapatkan potongan lobak merah sekata, pastikan tangan kita berada di atas lobak tersebut.

2.       Jari hantu berada pada posisi paling atas untuk memudahkan kerja pemotongan

3.       Pastikan mata pisau berada di hadapan permukaan kuku jari hantu

4.       Semasa memotong, hanya gerakkan jari hantu diikuti dengan mata pisau

NOTA: Dengan cara ini potongan lobak merah menjadi sekata yakni mempercepatkan lagi proses memasak.

Langkah ini sesuai digunakan sewaktu memasak di rumah, restoran dan sebagainya.

Selamat berkunjung ke blog ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...