Ikut artikel Percuma

Tuesday, July 3, 2012

Teknik buat kek cawan vanilla

Adakah resepi kek cawan tercipta daripada gambar di atas

Bahan-bahan untuk 35 biji kek

ü  150 gram mentega
ü  150 gram gula kastor
ü  185 gram tepung naik sendiri
ü  3 biji telur
ü  ½ sudu teh soda bikarbonat
ü  1 sudu teh vanilla
ü  Untuk ising:
ü  100 gram mentega
ü  200 gram gula ising
ü  2 sudu teh air panas
ü  1 sudu teh esen vanilla
ü  Chocolate rice untuk ditabur

Teknik-tekniknya:

1.       Pukul butter dan gula hingga kembang
2.       Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanilla
3.       Masukkan tepung yang sudah diadun sebati dengan soda bikarbonat. Campurkan
4.       Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan sehingga ¾ penuh
5.       Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 C
6.       Untuk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga timbul warna putih krim
7.       Sapukan ising di atas kek. Sebelum letak ising pastikan kek benar-benar sejuk. Kemudian boleh tabur chocolate rice atau manik berwarna.

Selamat datang ke blog ini. Selamat mencuba....


Evolusi kek cawan sentiasa menarik perhatian penggemarnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...