Jika
anda ke Kemboja dan rasailah sendiri kehidupan bersama masyarakat kampung di
sana. Pasti keterujaan melanda jiwa. Tatkala melihat keadaan rumah yang tidak
sempurna seperti atap yang bocor dan lantai rumah yang mahu runtuh pasti anda
berfikir bagaimana mereka menyediakan bahan memasak. Ya, mereka tidak mempunyai
peti sejuk untuk menyimpan makanan.
Jika
mereka mempuyai wang, tomato merah atau salad yang dibeli di kedai terus sahaja
menjadi ‘teman’ si kuali dan senduk. Tidak perlu disimpan lama di dalam peti.
Mereka aktif sekali memasak jika mempunyai ruang dan wang untuk menyediakannya.
Masyarakat
kampung terutamanya orang Islam di sana menjalani kehidupan yang serba ringkas
tetapi penuh rukun damai. Itulah kelebihan mereka. Ketawa bersama-sama, riang
gembira dan penuh dengan cinta serta kasih sayang menghilang perasaan dukacita
mereka terhadap kemewahan dunia. Motorsikal pun segelintir sahaja yang ada.
Kaki adalah ‘pengangkutan’ setiap hari mereka.
Simpan buah-buahan dan sayuran di tempat yang betul |
Tanpa
mereka sedar sebenarnya mereka menjalani proses kehidupan yang penuh dengan
nilai budaya. Hari ini kita perlu menjadi lebih budaya, lebih sihat dan lebih
berdisiplin.
Mari
kita lihat dan mempelajari bagaimana mahu menyimpan sayur-sayuran segar di
dalam peti sejuk supaya dapat mengelakkan pembaziran.
1.
Zon
lembap adalah bahagian bawah peti sejuk. Bahagian tersebut mempuyai
persekitaran yang lembap untuk membantu menghasilkan kesegeran sayura-sayuran
atau buah-buahan. Jika kelembapan terlalu tinggi bahan tersebut alan rosak.
2.
Zon
sederhana terdapat pada bahagian rak tengah peti sejuk yakni lebih dekat dengan
bahagian hadapan semasa membuka peti sejuk.
3.
Zon
sejuk berada paling atas bahagian peti sejuk iaitu berada pada bahagian
belakang. Suhunya boleh mencecah sehingga di bawah 34 darjah celcius.
Kaedah
memeriksa dan menyimpan makanan supaya sentiasa segar sentiasa menjadi amalan
keluarga yang mengamalkan kehidupan sihat. Berikut adalah strategi untuk
mengekalkan kesegaran sayur-sayuran:
1. Periksa
dengan teliti setiap sayur-sayuran untuk mencari tanda-tanda sayuran itu reput,
rosak atau sebagainya. Seperti cendawan, anda boleh menyimpannya dalam beg
kertas coklat dengan bahagian atas yang ditutup sedikit.
2.
Simpan
terung, bawang dan sebagainya di bahagian atas rak. Semua bahan ini tidak
sesuai diletakkan di dalam peti sejuk atau mana-mana tempat yang dingin.
3.
Letakkan
epal di dalam beg bersama kentang dan simpannya di tempat yang sejuk, kering,
ini dapat menjaga sayur atau buah tersebut daripada reput terlalu cepat.
4.
Masukkan
sayur-sayuran berdaun hijau, seperti salad, sawi dan sebagainya ke dalam beg
plastik dan letakkan tuala kertas(tisu) yang lembap dalam beg untuk mengekalkan
kesegarannya serta menyerap lembapan yang berlebihan.
Manfaatkan tempat simpanan dengan kuasa optimum |
Antara
sayur-sayuran yang perlu menggunakan peti sejuk:
1.
Kobis
bunga, brokoli- letakkannya di dalam beg plastik kemudian barulah simpan bahan
tersebut ke dalam peti sejuk. Bahan ini tahan di dalam peti sejuk selama lima
hari. Kubis yang tidak dibasuh dan dibungkus dalam plastik tahan selama 10 hari
di dalam peti sejuk.
2.
Timun,
kacang elok disimpan dalam peti sejuk dengan bungkusan plastik.
Sayur-sayuran
yang tidak menggunakan peti sejuk:
1.
Jagung-
Perlu cepat dimasak. Jika mahu juga menyimpannya boleh celurkan jagung selama
dua minit dan sejukkannya dengan air sejuk kemudian dibungkus untuk simpanan di
dalam peti sejuk. Kesegarannya adalah dua atau tiga hari.
2.
Simpan
tomato pada suhu bilik dan jauh daripada pancaran cahaya matahari. Tomato yang
sudah dihiris sesuai untuk simpanan peti sejuk setelah dibungkus dengan
plastik.
3.
Bawang-
Bakul tergantung adalah sesuai untuk bawang, manakala tempat yang gelap terbaik
untuk bawang putih.
No comments:
Post a Comment