Thursday, June 7, 2012

Mendorong anak makan sayur-sayuran



Apa yang ada pada pemikiran kanak-kanak dan hati mereka itu besar pengaruhnya ke atas kemampuan diri mereka yang sebenar. Salah satu daripada perkara-perkara itu adalah kepercayaan. Di sini kepercayaan bukan terbatas kepada hal-hal yang agama sahaja.

Apabila kanak-kanak percaya pada suatu perkara, perkara tersebut adalah kepercayaannya. Sebagai contoh, kanak-kanak itu mungkin percaya dirinya tidak hebat berpidato seperti rakan sekelasnya, maka itu adalah apa yang dipercayainya. Contoh lainnya, dia percaya bahawa makanan yang berjenis sayur-sayuran tidak sedap dan menggelikan, maka itu juga menjadi asas kuat tentang apa yang dia percaya.

Setiap kanak-kanak mempunyai beratus-ratus, malah sejuta kepercayaan. Katakan, kanak-kanak itu percaya dia tidak dapat memiliki ramai kawan kerana prestasinya yang lemah dalam pelajaran. Maksudnya, kanak-kanak ini mempunyai kepercayaan, hanya dengan prestasi yang cemerlang sahaja boleh menyebabkannya mempunyai ramai rakan.

Sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi kepercayaan adalah tepat dan membawa banyak kebaikan kepada diri kanak-kanak. Tetapi, tanpa disedari sebahagian daripada apa dipercayainya itu tidak tepat dan salah lalu membahayakan dirinya.

Banyak antara kepercayaan kanak-kanak itu merosakkan sumber semangat dan spiritualnya. Sebahagian daripada kepercayaan yang berbahaya itu adalah berkenaan diri kanak-kanak tersebut, seperti:

Ajar anak anda makan sayur dengan strategi kreatif

       “Saya tidak pandai bercakap dengan teratur”


        “Saya tidak cantik" 


"      "Saya lemah matapelajaran Bahasa Inggeris"

              “Saya tidak boleh makan sayur”

             “Saya tidak layak menjadi ketua dalam kumpulan”

  Sebahagian daripada kepercayaan berbahaya itu adalah berkenaan kanak-kanak lain, contohnya:

            “Cikgu suka semua pelajar kecuali saya” 

           “Kawan-kawan tidak mahu membantu saya dalam pelajaran”

          “Kawan-kawan saya semua jahat-jahat belaka”

          “Cikgu hanya suka pada pelajar yang pandai sahaja”

       "Semua cikgu yang mengajar di sekolah membosankan”

Sebahagian daripada kepercayaan itu adalah berkenaan perhubungan dengan rakan-rakan atau kanak-kanak yang lain, umpamanya:

           “Mereka mahu berkawan dengan saya kerana saya pelajar pandai”

          “Mereka semua mementingkan diri sendiri sahaja”

          “Mereka tidak suka saya walaupun saya sudah menunjukkan sikap yang baik”

          “Saya sahaja yang pandai, mereka semua itu bodoh”

          “Mereka tidak mahu berkawan dengan saya kerana saya suka makan sayur”

Kepercayaan seperti di atas adalah tidak logik dan apabila kanak-kanak itu terus percaya kepadanya, kesan ke atas masa hadapannya amat serius.

Sebagai pendorong, ibu bapa, guru-guru mahupun orang awam perlu membantu kanak-kanak membuang kepercayaan-kepercayaan mereka yang salah dan negatif serta menggantikan dengan kepercayaan-kepercayaan yang betul dan amat positif.

Ibu bapa perlu memberitahu anak mereka supaya jangan berkata, “Ibu, saya tidak suka makan sayur-sayuran kerana rasanya tidak sedap.” Nyatakan kata-katanya itu tidak benar. Katakan kepada anak-anak itu memang ada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur, tetapi semua kanak-kanak di dunia ini perlu makan sayur. Semua orang boleh untuk tidak suka sayur, tetapi mereka perlu makan sayur.

Ibu bapa, guru-guru dan orang awam perlu menanamkan kepercayaan-kepercayaan yang betul dan realistik ke dalam sanubari anak-anak bagi menggantikan kepercayaan-kepercayaan mereka yang salah dan tidak realistik.


Selalu ulangkan kepada anak-anak setiap sayur-sayuran ada keistimewaan. Tidak ada sayuran yang dijadikan Tuhan tidak bagus dan tidak sedap dimakan. Tidak ada orang yang lahirnya adalah untuk menjadi bodoh kecuali mereka dilahirkan dengan kecacatan anggota. Yang ramai di dunia ini adalah mereka yang tidak mahu makan sayur dan mereka yang tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh.

Perkara itu menjadi kepercayaan apabila ia selalu diulang-ulangkan. Strategi ini disebut kesan mantera kerana salah satu ciri mantera adalah pengulangan. Sebagai contoh, kerana kaum Quraisy selalu mendengar perkataan-perkataan bahawa Khalid Bin Walid adalah panglima perang yang tidak mampu ditewaskan dalam peperangan, mereka percaya bahawa beliau dan tentera Islam yang lain tidak dapat ditewaskan.

Dengan mengulang ayat-ayat yang sama anak-anak akan menjadikan perkara itu asas kuat kepada diri mereka untuk mendorong diri sendiri makan sayur-sayuran.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...