Wednesday, June 27, 2012

Jom ke Pesta Buku Negeri Selangor 2012 sekarang!

Catatkan pada jadual anda sekarang!

Adik-adik, ibu bapa, guru-guru dan semua penggemar buku, ada berita hebat untuk anda. Cuba teka apakah berita yang hebat itu? adakah anda akan dikurniakan magik seperti boleh terbang? Adakah anda dikurniakan suatu kehidupan fantasi yang anda amat inginkan. Oh sayang! bukan itu kejutannya.

Haa...Pada Pesta Buku Negeri Selangor 2012 kali anda semua boleh berkenalan dan beramah mesra dengan penulis buku Eee..sayur! Ini betul-betul kejutan.

Jika anda bertuah, pada hari berlangsungnya pesta buku tersebut anda semua akan dapat mengecam wajah penulis yang hadir di sana. Ingat ya, pesta buku tersebut diadakan di SACC MALL Shah Alam.

Sebagai pendorong untuk anda ke sana terdapat pelbagai buku yang ditulis orang hebat dijual pada harga berpatutan. Orang putih kata dengan harga diskaun!


Antara buku yang akan dijual pada pesta buku kali ini ialah Aku terima nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Bersyukur saat diuji karya Profesor Muhd Kamil Ibrahim dan pelbagai lagi buku hebat yang 'bestseller'.

Apabila berada di sana anda pasti teruja, terkesima, terkejut dan pelbagai lagi aksi panik terkawal yang anda dapat rasai.

Baca di sini


Kepada remaja dan adik-adik kecil pula, jangan lupa untuk mendapatkan karya Khairi Tajudin iaitu Tariq United, Budak komik dan Budak U. Semuanya pada harga diskaun! Mahu tahu berapa tawaran diskaun yang diberi? Haa...datanglah ke gerai kami yang tercatat di atas itu.

Kepada anda semua, jangan lupa ajak keluarga, adik-beradik, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang anda kenali. Katakan kepada mereka bahawa Pesta Buku Negeri Selangor 2012 pada kali ini bukan sebarangan pesta. Ia adalah pesta memandaikan rakyat jelata! Huh! saya pula yang terlebih teruja!

Sepanjang pesta tersebut berlangsung anda boleh berkenalan dengan penulis:

1. Tuan Resha Hamzah dan Tuan Azlan Ismail- Penulis novel awal remaja Eee...sayur!


2. Tuan Hizamnuddin Awang atau Web Sutera- Penulis novel sejarah Macedonia: Alaxender Agung- Hijab Raja Zulkarnain.


3. Apabila sampai sahaja di gerai Galeri Ilmu P12 dan N44 nanti anda boleh bertanya kepada kami tentang teknik menulis, panduan penulisan dan pelbagai info terkini dunia buku.

Jangan lupa janji kita!

1 comment:

  1. Hard Rock Hotel & Casino Lake Tahoe - Dr.MCD
    Hard Rock 춘천 출장마사지 Hotel 문경 출장안마 & Casino Lake Tahoe. Stateline, NV 89449. Directions, 서산 출장마사지 521-7711, 인천광역 출장샵 or 속초 출장안마 visit Website. http://hardrockhollywood.com/.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...