Langsung tiada kena mengena dengan Hello Kitty seperti dalam gambar artikel sebelum ini, tapi saya mahu cerita pasal novel Hello, Anak-anak Ayah!
Bagi kamu yg tidak pernah dengar berkenaan novel ini, di bawah ialah gambar kulit depan novel yg pertama:
Mesti ada yg tertanya-tanya, novel yg pertama? Ya, pasal buku ini dah ada pun sekuelnya. Ini dia:
Bagi kamu yg tidak pernah dengar berkenaan novel ini, di bawah ialah gambar kulit depan novel yg pertama:
Mesti ada yg tertanya-tanya, novel yg pertama? Ya, pasal buku ini dah ada pun sekuelnya. Ini dia:
Okey, saya suka kedua-dua novel ini kerana isinya yg tidak terikat antara satu bab dengan bab yg lain. Begini, buku ini menceritakan mengenai kerenah lima beradik bersama ibu mereka sewaktu bapa mereka bertugas di perbatasan. Setiap bab ditulis sebagai episod kerana kita boleh baca tanpa perlu ikut turutan bab. Boleh baca mana-mana dahulu. Penulis dalam perancangan untuk menulis buku yg ketiga insya-Allah. Sementara itu, boleh dapatkan buku berikut dahulu:
Kesemua buku ini berharga hanya RM10.00 setiap satu, sama harga dengan buku Eee... Sayur! Jika buku Eee... Sayur! sesuai untuk mendidik adik-adik minat makan sayur sedari kecil, buku Hello, Anak-anak Ayah! 1 dan 2 pula sesuai untuk mendidik adik-adik menghormati ibu bapa, saudara mara dan jiran tetangga. Buku Mencari Amira seperti yg tertera pada ayat ringkasnya, Kerana Dikau Sahabatku menitikberatkan tema persahabatan sebagai latar cerita. Sememangnya teman, kawan, sahabat amat memainkan peranan penting dalam membentuk diri adik-adik yg meningkat remaja.
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkannya secara online dengan klik iklan iqramall di sebelah kanan blog ini. Dijamin bermanfaat bi iznillah!
No comments:
Post a Comment